Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957

Artikel ini mengkaji peranan dan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam memajukan pendidikan di negeri Kelantan sejak pembukaan sekolah pertama organisasi tersebut pada 1917 sehingga berakhirnya pentadbiran British di Kelantan pada 1957 berikutan kemerdek...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Fathihah Abd Latif, Mahani Musa
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16851/
http://journalarticle.ukm.my/16851/1/47777-154730-1-SM.pdf
_version_ 1848814159176663040
author Siti Fathihah Abd Latif,
Mahani Musa,
author_facet Siti Fathihah Abd Latif,
Mahani Musa,
author_sort Siti Fathihah Abd Latif,
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Artikel ini mengkaji peranan dan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam memajukan pendidikan di negeri Kelantan sejak pembukaan sekolah pertama organisasi tersebut pada 1917 sehingga berakhirnya pentadbiran British di Kelantan pada 1957 berikutan kemerdekaan Tanah Melayu. Sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan hal-hal agama, adat dan kebajikan masyarakat Melayu MAIK ternyata bijak mengatur strategi untuk memodenkan pendidikan bagi manfaat umat Islam di negeri itu walaupun dibelenggu oleh dasar-dasar pihak penjajah. Pembirokrasi dalam pentadbiran yang banyak mencontohi sistem birokrasi British di Kelantan dan Tanah Melayu ternyata membolehkan MAIK merancang pembaharuan dalam pendidikan dengan cara yang lebih sistematik. Hasilnya, MAIK bukan sahaja berjaya menubuhkan sekolah-sekolah kendalian MAIK, malah berupaya membawa masuk banyak sekolah di negeri itu untuk berada di bawah naungan organisasi tersebut. Manakala strategi MAIK menyediakan sekolah Inggeris dan sekolah Arab pula membuktikan MAIK berusaha untuk memberi pendidikan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi kepada masyarakat Islam di negeri itu. Malah MAIK mendahului pihak British dalam aspek pendidikan wanita. Organisasi ini bertanggungjawab memajukan pendidikan wanita di Kelantan termasuk memberi peluang kepada kanak-kanak perempuan melanjutkan pengajian ke luar negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pengumpulan dan penilaian data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan MAIK dan Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia. Kajian ini mendapati langkah-langkah pembirokrasian dalam pentadbiran pendidikan, penubuhan sekolah Inggeris dan sekolah Arab serta pemerkasaan pendidikan wanita bukan sahaja menjadikan sekolah kendalian MAIK terus kukuh dan mendapat kepercayaan orang ramai malah meletakkan MAIK dan para penggiatnya sebagai aktor dan ejen yang penting dalam memelihara kebajikan serta kesejahteraan masyarakat tempatan melalui pendidikan sepanjang berlangsungnya kolonialisme British di negeri itu.
first_indexed 2025-11-15T00:29:39Z
format Article
id oai:generic.eprints.org:16851
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T00:29:39Z
publishDate 2021
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling oai:generic.eprints.org:168512021-06-21T05:55:05Z http://journalarticle.ukm.my/16851/ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957 Siti Fathihah Abd Latif, Mahani Musa, Artikel ini mengkaji peranan dan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam memajukan pendidikan di negeri Kelantan sejak pembukaan sekolah pertama organisasi tersebut pada 1917 sehingga berakhirnya pentadbiran British di Kelantan pada 1957 berikutan kemerdekaan Tanah Melayu. Sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan hal-hal agama, adat dan kebajikan masyarakat Melayu MAIK ternyata bijak mengatur strategi untuk memodenkan pendidikan bagi manfaat umat Islam di negeri itu walaupun dibelenggu oleh dasar-dasar pihak penjajah. Pembirokrasi dalam pentadbiran yang banyak mencontohi sistem birokrasi British di Kelantan dan Tanah Melayu ternyata membolehkan MAIK merancang pembaharuan dalam pendidikan dengan cara yang lebih sistematik. Hasilnya, MAIK bukan sahaja berjaya menubuhkan sekolah-sekolah kendalian MAIK, malah berupaya membawa masuk banyak sekolah di negeri itu untuk berada di bawah naungan organisasi tersebut. Manakala strategi MAIK menyediakan sekolah Inggeris dan sekolah Arab pula membuktikan MAIK berusaha untuk memberi pendidikan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi kepada masyarakat Islam di negeri itu. Malah MAIK mendahului pihak British dalam aspek pendidikan wanita. Organisasi ini bertanggungjawab memajukan pendidikan wanita di Kelantan termasuk memberi peluang kepada kanak-kanak perempuan melanjutkan pengajian ke luar negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pengumpulan dan penilaian data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan MAIK dan Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia. Kajian ini mendapati langkah-langkah pembirokrasian dalam pentadbiran pendidikan, penubuhan sekolah Inggeris dan sekolah Arab serta pemerkasaan pendidikan wanita bukan sahaja menjadikan sekolah kendalian MAIK terus kukuh dan mendapat kepercayaan orang ramai malah meletakkan MAIK dan para penggiatnya sebagai aktor dan ejen yang penting dalam memelihara kebajikan serta kesejahteraan masyarakat tempatan melalui pendidikan sepanjang berlangsungnya kolonialisme British di negeri itu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021-04 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/16851/1/47777-154730-1-SM.pdf Siti Fathihah Abd Latif, and Mahani Musa, (2021) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (1). pp. 1-29. ISSN 2180-0251 https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1391
spellingShingle Siti Fathihah Abd Latif,
Mahani Musa,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957
title Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957
title_full Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957
title_fullStr Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957
title_full_unstemmed Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957
title_short Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957
title_sort majlis agama islam dan adat istiadat melayu kelantan (maik) dan pemodenan pendidikan di kelantan, 1917-1957
url http://journalarticle.ukm.my/16851/
http://journalarticle.ukm.my/16851/
http://journalarticle.ukm.my/16851/1/47777-154730-1-SM.pdf