Pengaruh sokongan sosial terhadap pemulihan keagamaan banduan wanita

Sokongan ahli keluarga dan masyarakat amat penting dalam membantu proses pemulihan penghuni di penjara. Oleh yang demikian, makalah ini mengenal pasti pengaruh sokongan sosial terhadap pemulihan keagamaan banduan wanita. Tumpuan diberikan terhadap pemulihan keagamaan kerana Jabatan Penjara Mal...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Jamiaah Abdul Jalil, Rozmi Ismail, Yusmini Md. Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16829/
http://journalarticle.ukm.my/16829/1/44905-144498-1-SM.pdf
Description
Summary:Sokongan ahli keluarga dan masyarakat amat penting dalam membantu proses pemulihan penghuni di penjara. Oleh yang demikian, makalah ini mengenal pasti pengaruh sokongan sosial terhadap pemulihan keagamaan banduan wanita. Tumpuan diberikan terhadap pemulihan keagamaan kerana Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah menggunakan pendekatan keagamaan sebagai salah satu modul utama dalam pemulihan banduan wanita bagi membentuk peribadi individu yang lebih positif. Kaedah kajian kuantitatif dengan instrumen soal selidik digunakan. Data dianalisis dengan kaedah korelasi dan regrasi. Hasil kajian mendapati sokongan sosial mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai keagamaan banduan wanita (r=.206, p<0.05). Sokongan ahli keluarga (r=.203, p<0.05), rakan-rakan (r=.260, p<0.05) dan kakitangan JPM (r=.174, p<0.05) mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai akidah. Analisis regresi turut menunjukkan bahawa sokongan rakan-rakan dan keluarga menjadi faktor peramal kepada nilai keagamaan banduan wanita. Oleh itu, sokongan sosial kepada banduan wanita dapat membantu proses pemulihan mereka terutama dalam menguatkan akidah. Implikasinya pihak JPM perlu membuka ruang dan peluang kepada ahli keluarga untuk memberikan sokongan sosial kepada banduan wanita dan menggalakkan para banduan untuk saling bantu-membantu dan memupuk nilai persaudaraan antara mereka.