Kebebasan bersuara dan komentar netizen terhadap isu Muhammad Adib di Berita Harian Online
Sejak kebelakangan ini, kebebasan bersuara di media sosial semakin berleluasa. Kebebasan media ini sering dikaitkan dengan kebebasan bersuara. Di mana kebebasan bersuara di media ini merujuk kepada kebebasan bagi sesuatu pihak untuk menyatakan atau menyuarakan pendapat mereka. Kebebasan bersua...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16790/ http://journalarticle.ukm.my/16790/1/324-Article%20Text-480-1-10-20200714.pdf |
| Summary: | Sejak kebelakangan ini, kebebasan bersuara di media sosial semakin berleluasa. Kebebasan media
ini sering dikaitkan dengan kebebasan bersuara. Di mana kebebasan bersuara di media ini merujuk
kepada kebebasan bagi sesuatu pihak untuk menyatakan atau menyuarakan pendapat mereka.
Kebebasan bersuara ini merujuk kepada satu asas utama dalam masyarakat demokratik. Namun
begitu, masyarakat mempunyai piawaian yang berbeza, terutamanya dalam menyuarakan pendapat
dengan perspektif yang berlainan. Maka, satu kajian dijalankan bagi menganalisis komentar netizen
terhadap isu Muhammad Adib di Berita Harian Online. Isu ini dipilih kerana ia merupakan isu
sensasi di mana netizen gemar menyuarakan pendapat mereka dalam pelbagai perspektif dengan
cara menulis komentar di berita–berita yang disiarkan di Berita Harian Online. Kajian ini cuba
menganalisis komentar netizen terhadap isu Muhammad Adib di Berita Harian Online. Pendekatan
yang diambil secara kualitatif ini adalah menggunakan kaedah analisis kandungan dan temu bual
mendalam. Analisis kandungan ini menganalisis komentar netizen dari 28 November 2018 sehingga 5
Disember 2018 iaitu sebanyak 602 komentar netizen dipilih untuk analisis. Satu temu bual mendalam
juga dijalankan bagi mengetahui cadangan penambahbaikan bagi mengawal kebebasan bersuara di
Berita Harian Online. Hasil dapatan kajian menemukan bahawa netizen menyuarakan pendapat
melalui komentar walaupun dengan bahasa negatif. Bagi mengatasi ini, cadangan – cadangan
daripada informan juga dibincangkan supaya dapat mengawal kebebasan bersuara di Berita Harian
Online. Secara keseluruhannya, semua pihak termasuk badan berita, kerajaan dan masyarakat perlu
mengambil berat tentang kebebasan bersuara supaya dapat mengekalkan keharmonian negara. |
|---|