Analisis wacana kritis bahasa dan kuasa: kepimpinan dan permuafakatan
Bahasa bukan sahaja dilihat sebagai sebuah komunikasi malahan pengaruh yang dibawanya. Makalah ini meneliti tentang bagaimanakah wacana ucapan menjadi penghubung antara dua buah parti besar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS bagi membentuk sebuah permuafakatan. Di samping itu, penulisan ini dilaks...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16786/ http://journalarticle.ukm.my/16786/1/320-Article%20Text-474-1-10-20200713.pdf |
| Summary: | Bahasa bukan sahaja dilihat sebagai sebuah komunikasi malahan pengaruh yang dibawanya. Makalah
ini meneliti tentang bagaimanakah wacana ucapan menjadi penghubung antara dua buah parti besar
di Malaysia iaitu UMNO dan PAS bagi membentuk sebuah permuafakatan. Di samping itu, penulisan
ini dilaksanakan adalah untuk melihat sejauhmanakah sebuah wacana dapat membentuk penyatuan
dan meraih kepercayaan dalam kalangan pendengarnya. Penelitian dilakukan berlandaskan analisis
wacana kritis iaitu kerangka yang dapat membantu menghuraikan dan memahami penggunaan bahasa
dalam sesebuah wacana. Kaedah deskriptif kualitatif bagi menganalisis data. Data yang digunakan
adalah teks ucapan yang disampaikan oleh Presiden Parti UMNO Yang Behormat Dato’ Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi dan oleh Presiden Parti PAS iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang semasa
berlangsungnya Himpunan Penyatuan Ummah UMNO-PAS. Kajian analisis wacana dijalankan
dengan melihat kepada dua bentuk dimensi iaitu sifat kewacanaan dan ciri tekstual melalui analisis
linguistik. Kajian dimensi kewacanaan memaparkan struktur generik teks pengucapan yang
memperlihatkan orientasi dan sifat kepimpinan pemimpin UMNO dan PAS. Seterusnya, kajian turut
melibatkan ciri-ciri tekstual yang diberikan penekanan dan pemerhatian terhadap proses leksikalisasi
bagi melihat unsur-unsur yang tersirat dan tersurat yang terkandung dalam sesebuah wacana. |
|---|