Kritikan sosial dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau karya Hatta Azad Khan
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis kritikan sosial dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Karya ini telah dihasilkan oleh Hatta Azad Khan pada tahun 2015. Tema utama karya skrip ini adalah tentang poligami dalam kalangan masyarakat Melayu. Kritikan sosial masyarakat dalam karya...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16777/ http://journalarticle.ukm.my/16777/1/307-Article%20Text-466-1-10-20200713.pdf |
| Summary: | Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis kritikan sosial dalam skrip monodrama Menunggu
Lampu Hijau. Karya ini telah dihasilkan oleh Hatta Azad Khan pada tahun 2015. Tema utama karya
skrip ini adalah tentang poligami dalam kalangan masyarakat Melayu. Kritikan sosial masyarakat
dalam karya seni merupakan salah satu cara dimana seorang pengarang membuat penelitian
terhadap sosial kehidupan masyarakat dari persektif sebagai pengarang. Begitu juga dalam kajian
ini, objektif atau fokus utamannya adalah bagi mengenal pasti beberapa kritikan sosial masyarakat
yang cuba diketengahkan pengarang melalui skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Kajian ini
hanya menggunakan kaedah kualitatif semata-mata. Oleh demikian hasil dapatan adalah terdapat
beberapa kritikan yang dapat ditonjolkan seperti kritikan terhadap masyarakat yang
menyalahgunakan poligami, kritikan terhadap lelaki yang tidak bertanggungjawab, kritikan
terhadap wanita bekerjaya yang tidak jalankan tanggungjawab dalam rumahtangga, kritikan
terhadap masyarakat yang memandang serong kepada golongan ibu tunggal atau janda, kritikan
terhadap masyarakat yang tidak menitikberatkan agama dalam kehidupan dan kritikan terhadap
masyarakat yang sering mencampuri hal orang lain. Secara amnya kesemua kritikan sosial terhadap
masyarakat yang dibincangkan dalam kajian ini pada asasnya adalah berlandaskan daripada teori
sosiologi sastera. |
|---|