Hubungan antara konflik dan tingkah laku buli dalam unit kerja: peranan kepercayaan sebagai pengantara
Tingkah laku buli di tempat kerja didapati memberi kesan negatif bukan sahaja kepada pekerja, tetapi juga kepada organisasi secara keseluruhan. Dapatan kajian lepas menunjukkan anteseden atau punca yang mempengaruhi tingkah laku buli di tempat kerja adalah terdiri daripada faktor individu dan fa...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16771/ http://journalarticle.ukm.my/16771/1/41724-138463-1-PB.pdf |
| Summary: | Tingkah laku buli di tempat kerja didapati memberi kesan negatif bukan sahaja kepada pekerja, tetapi juga
kepada organisasi secara keseluruhan. Dapatan kajian lepas menunjukkan anteseden atau punca yang
mempengaruhi tingkah laku buli di tempat kerja adalah terdiri daripada faktor individu dan faktor situasi yang
berkaitan dengan organisasi. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara konflik (sebagai faktor
peramal) dengan tingkah laku buli di tempat kerja. Secara khususnya, kajian ini menghipotesiskan wujudnya
hubungan langsung antara konflik dalam kalangan ahli unit kerja dengan tingkah laku buli, dan hubungan
tidak langsung menerusi kepercayaan antara sesama ahli. Kesahan model pengukuran dan hipotesis diuji
menggunakan teknik statistik Model Persamaan Berstruktur (SEM) dengan menggunakan data yang
dikumpulkan daripada 480 orang penjawat awam yang bekerja dalam 90 unit kerja di dalam sebuah organisasi
besar di Malaysia. Selaras dengan Teori Pengekalan Sumber, dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya
hubungan langsung yang signifikan antara konflik dengan tingkah laku buli dalam kalangan ahli unit kerja, dan
hubungan tidak langsung menerusi kepercayaan sebagai pemboleh ubah pengantara. Dapatan kajian ini
menyumbang kepada literatur tingkah laku tidak produktif secara amnya dan literatur buli secara khususnya
dengan membuktikan kepentingan peranan konflik dan kepercayaan dalam meramal tingkah laku buli dalam
unit kerja. |
|---|