Meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan platform digital oleh perusahaan mikro dan kecil

Kajian ini mendapati bahawa perubahan landskap industri telah mewujudkan persekitaran yang dinamik kepada perusahaan mikro dan kecil pada ketika ini. Sorotan literatur mendapati bahawa perusahaan mikro dan kecil perlu bersaing bersama perusahaan yang lebih besar memandangkan kebanyakan perusahaan pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Rohieszan Ramdan, Nor Liza Abdullah, Rosmah Mat Isa, Mohd Hizam Hanafiah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16769/
http://journalarticle.ukm.my/16769/1/38617-138456-2-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini mendapati bahawa perubahan landskap industri telah mewujudkan persekitaran yang dinamik kepada perusahaan mikro dan kecil pada ketika ini. Sorotan literatur mendapati bahawa perusahaan mikro dan kecil perlu bersaing bersama perusahaan yang lebih besar memandangkan kebanyakan perusahaan perlu berpindah kepada platform digital. Justeru, kajian ini meneroka faktor-faktor yang dapat mempengaruhi penggunaan platform digital oleh perusahaan mikro dan kecil. Metodologi kajian menggunakan kaedah kajian kes di mana temu bual bersama 4 perusahaan mikro dan kecil yang menjalankan perniagaan lebih daripada 3 tahun di Negeri Selangor. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor yang mempengaruhi penggunaan platform digital, iaitu literasi digital, pembinaan hubungan pelanggan dan pembinaan ekosistem digital. Kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa faktor literasi digital, pembinaan hubungan pelanggan dan pembinaan ekosistem digital memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penggunaan platform digital oleh perusahaan mikro dan kecil. Implikasinya, dapatan kajian ini akan memperkasakan teori berkaitan dengan penggunaan platform digital, selain memberikan maklumat dan panduan yang berguna kepada pihak-pihak berkepentingan dalam merangka program pendidikan berkaitan penggunaan platform digital kepada usahawan bersaiz mikro, kecil dan sederhana di Malaysia.