Tahap pengetahuan dan kesediaan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Pendekatan terbeza merupakan kaedah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mampu meningkatkan pencapaian dan pengetahuan murid. Akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, semua...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16764/ http://journalarticle.ukm.my/16764/1/258-496-1-SM.pdf |
| Summary: | Pendekatan terbeza merupakan kaedah yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang mampu meningkatkan pencapaian dan pengetahuan murid. Akibat daripada
penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, semua guru termasuk
Bahasa Melayu tidak dapat melaksanakan PdP secara bersemuka dengan murid di
sekolah. Oleh sebab itu, KPM telah membekalkan manual pengajaran dan pembelajaran
di rumah (PdPR) kepada semua guru supaya PdP tetap dilaksanakan. Kajian ini
dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa
Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan terbeza dalam PdPR sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian kuantitatif deskriptif ini dijalankan dengan
penglibatan seramai 70 orang guru bahasa Melayu dari 10 buah sekolah menengah yang
terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Satu kajian rintis telah dijalankan terhadap 20
orang guru Bahasa Melayu yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan
dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan
20 item soal selidik menunjukkan nilai yang sangat tinggi, iaitu alpha Cronbach = 0.973.
Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS)
versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan guru mempunyai pengetahuan yang tinggi (min
3.82) dan bersedia untuk melaksanakan pendekatan terbeza dalam PdPR (min 3.96).
Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu perlu untuk lebih bersedia dan sentiasa
berusaha untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam amalan pengajaran
mereka dalam PdPR sepanjang tempoh PKP. |
|---|