Faktor-faktor yang mempengaruhi pertukaran kod dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka pertukaran kod dan faktor-faktor yang mempengaruhi pertukaran kod guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Untuk itu, seramai tiga orang guru bahasa Melayu bukan penutur natif yang berpengalaman mengajar mata pela...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16762/ http://journalarticle.ukm.my/16762/1/254-488-1-SM.pdf |
| Summary: | Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka pertukaran kod dan faktor-faktor
yang mempengaruhi pertukaran kod guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP). Untuk itu, seramai tiga orang guru bahasa Melayu bukan penutur
natif yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dijadikan responden
kajian. Ketiga-tiga peserta kajian ini mengajar di sebuah sekolah rendah pedalaman di daerah
Song Sarawak. Kaedah temu bual digunakan sebagai instrumen utama dalam pengumpulan
data. Data temu bual dianalisis secara manual dengan mencari tema-tema berkaitan dengan
objektif kajian. Untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan tema yang ditemui, seorang
pakar dipilih untuk menentusahkan tema-tema tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
berlakunya banyak pertukaran kod dalam kalangan guru bahasa Melayu dalam PdP mereka.
Pertukaran kod tersebut berlaku apabila kesemua peserta kajian ingin membuat penjelasan
terhadap isi pelajaran yang tidak difahami oleh murid-murid Iban. Pertukaran bahasa Melayu
ke bahasa ibunda (bahasa pertama-B1) murid iaitu, bahasa Iban berlaku apabila murid tidak
memahami perkara yang dipelajari dalam bahasa Melayu (bahasa kedua-B2). Selain itu, faktor
kurangnya kosa kata atau perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam kalangan murid, sikap
guru yang tidak tegas dan tidak mempunyai semangat yang tinggi terhadap pengajaran bahasa
Melayu, komunikasi guru dan murid di dalam bilik darjah yang sudah terbiasa menggunakan
bahasa Iban (B1) berbanding bahasa Melayu (B2) dan sikap dan minat murid yang kurang
memberangsangkan terhadap penggunaan bahasa Melayu antara faktor penyumbang
berlakunya pertukaran kod dalam PdP bahasa Melayu. Implikasi kajian ini ialah pertukaran
kod yang kerap dilakukan oleh guru bahasa Melayu boleh memberi kesan negatif kepada
penguasaan kemahiran bahasa Melayu murid-murid Iban. |
|---|