Fungsi makanan dalam interaksi sosial masyarakat Melayu: satu kajian teks cerita rakyat
Masyarakat Melayu kaya dengan kepelbagaian makanan tradisionalnya yang tersendiri. Menerusi makanan, latar belakang masyarakat dapat dikenal pasti termasuklah keunikan budaya sesebuah kelompok termasuk cara mereka berinteraksi dalam system sosial dapat difahami dengan lebih baik. Kajian ini dija...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16756/ http://journalarticle.ukm.my/16756/1/jatma-2021-0902-06.pdf |
| Summary: | Masyarakat Melayu kaya dengan kepelbagaian makanan tradisionalnya yang tersendiri. Menerusi makanan, latar
belakang masyarakat dapat dikenal pasti termasuklah keunikan budaya sesebuah kelompok termasuk cara mereka
berinteraksi dalam system sosial dapat difahami dengan lebih baik. Kajian ini dijalankan bagi melihat jenis makanan
yang tercatat dalam cerita rakyat terpilih iaitu Musang berjanggut. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan
pendekatan analisis teks dalam mengintepretasi teks sebagai pernyataan yang menjelaskan keadaan dan menyediakan
panduan dalam mengenal pasti makanan dan fungsi makanan dalam interaksi masyarakat Melayu di pelbagai
peringkat. Hasil kajian mendapati 29 jenis makanan yang tersurat dalam teks Musang Berjanggut menghuraikan
tentang kekayaan makna simbol makanan dan keunikan fungsi makanan dalam dunia gastronomi Melayu. Fungsi
makanan juga dimanfaatkan dalam menjelaskan kedudukan sosial masyarakat, status ekonomi, interaksi sosial dalam
kalangan masyarakat Melayu. |
|---|