Penilaian kemahiran interaksi lisan melalui ujian e-Lisan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB)

Kertas kerja ini mengongsi dapatan utama penggunaan ujian lisan untuk menilai kemahiran interaksi lisan di peringkat primari di sekolah-sekolah Singapura. Ujian lisan tersebut tertumpu pada komponen perbualan, iaitu komponen yang memerlukan kedua-dua pemeriksa dan murid melibatkan diri dalam per...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Too, Jye Yuin, Hafiza Aseken, Siti Zahara Sukaimi
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16755/
http://journalarticle.ukm.my/16755/1/jatma-2021-0902-05.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini mengongsi dapatan utama penggunaan ujian lisan untuk menilai kemahiran interaksi lisan di peringkat primari di sekolah-sekolah Singapura. Ujian lisan tersebut tertumpu pada komponen perbualan, iaitu komponen yang memerlukan kedua-dua pemeriksa dan murid melibatkan diri dalam perbualan interaktif. Ujian lisan tersebut turut memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan menggunakan klip video pendek sebagai rangsangan. Reka bentuk dan kriteria penilaian ujian e-Lisan telah diteliti untuk memastikan adanya penjajaran dengan konstruk interaksi lisan. Ujian lapangan telah dijalankan terlebih dahulu untuk mengenal pasti kebolehcapaian ujian e-Lisan serta kebolehbandingannya dengan ujian lisan yang sedia ada, iaitu ujian yang menggunakan gambar sebagai rangsangan. Sesi-sesi latihan turut dijalankan untuk memastikan kedua-dua pemeriksa dan murid terbiasa dengan format ujian e-Lisan. Maklum balas daripada murid-murid dan guru-guru dikumpulkan untuk menilai kesan dan impak ujian e-Lisan berasaskan komputer serta kesediaan murid-murid menjalani dan guru-guru menjalankan ujian e-Lisan berasaskan komputer. Pada umumnya, murid-murid dan guru-guru melaporkan bahawa mereka meraih pengalaman yang positif.