Pengaruh faktor personaliti pengurus projek dalam projek pembangunan
Kejayaan projek lazimnya dinilai melalui pencapaian kriteria masa, kos dan skop atau lebih dikenali sebagai iron triangle. Dalam konteks projek pembangunan pula, pencapaian impak projek merupakan kriteria kejayaan projek yang penting di samping pencapaian iron triangle. Pencapaian kriteria kejay...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16731/ http://journalarticle.ukm.my/16731/1/34851-154725-1-PB.pdf |
| Summary: | Kejayaan projek lazimnya dinilai melalui pencapaian kriteria masa, kos dan skop atau lebih dikenali sebagai iron
triangle. Dalam konteks projek pembangunan pula, pencapaian impak projek merupakan kriteria kejayaan projek yang
penting di samping pencapaian iron triangle. Pencapaian kriteria kejayaan projek ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor
yang perlu dikenal pasti oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek. Dalam hal ini, pengurus
projek dilihat mempunyai kapasiti tanggungjawab yang paling besar terhadap kejayaan projek. Oleh itu, pengurus
projek perlu memahami konteks projek dengan menyeluruh dalam menentukan pencapaian kejayaan projek. Oleh
yang demikian faktor personaliti ditekankan kerana dapat menggambarkan pemahaman dan kecenderungan individu
terhadap persekitarannya dengan konsisten. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana pengaruh
faktor personaliti pengurus projek dalam menentukan kejayaan mengurus sesebuah projek pembangunan. Kajian
kuantitatif dijalankan menggunakan kaji selidik personaliti berdasarkan Model Personaliti Lima Faktor dan persepsi
terhadap keberkesanan mengurus projek. Kajian dijalankan ke atas keseluruhan pengurus projek yang bertugas di
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri yang berjumlah seramai 80 orang. Hasil kajian dianalisis
menggunakan kolerasi Pearson dan regresi linear berganda untuk menjelaskan pengaruh personaliti pengurus projek
terhadap keberkesanan mengurus projek. Keputusan kajian mendapati kebersetujuan, keberhemahan,ekstroversi
dan keterbukaan mempunyai hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi keberkesanan mengurus pengurus
projek. Analisis mendapati ekstroversi dan kebersetujuan merupakan faktor yang paling dominan dalam menentukan
keberkesanan mengurus projek. Oleh itu, faktor ciri personaliti pengurus projek perlu diberikan penekanan khusus
dalam menentukan keberkesanan kejayaan mengurus projek pembangunan. |
|---|