Persepsi belia berisiko liberal terhadap agenda liberalisme
Kajian ini bertujuan meninjau pandangan belia berisiko liberal terhadap agenda liberalisme. Liberalisme adalah pemikiran yang lahir daripada falsafah Barat, implikasi daripada penindasan dan kekejaman yang dilakukan gereja atas nama agama dan ketuhanan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitat...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16727/ http://journalarticle.ukm.my/16727/1/43954-154719-1-PB.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan meninjau pandangan belia berisiko liberal terhadap agenda liberalisme. Liberalisme adalah
pemikiran yang lahir daripada falsafah Barat, implikasi daripada penindasan dan kekejaman yang dilakukan gereja
atas nama agama dan ketuhanan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang melibatkan temu bual bersama
enam orang belia berisiko mempunyai pemikiran liberal. Pemilihan responden dibuat berdasarkan kecenderungan
pemikiran dan penulisan mereka dalam media sosial yang dikenal pasti mempunyai risiko berfikiran liberal. Tulisan
dan pandangan mereka terhadap isu-isu semasa berkaitan Islam dikupas mengikut pandangan logik tanpa asas agama
yang kukuh dan menolak autoriti agama sebagai satu alat penguatkuasaan terhadap umat Islam. Implikasinya lahirlah
gaya fikir yang menyimpang daripada wahyu Allah SWT dan pandangan ulama muktabar. Dapatan kajian mendapati
belia berisiko ini mempunyai kecenderungan terhadap pemikiran liberal dan mendukung liberalisme sebagai satu
pilihan yang betul untuk umat Islam hari ini. Kajian juga menunjukkan faktor yang mendorong mereka berpegang
dengan liberalisme disebabkan perasaan trauma dan bimbang terhadap apa yang pernah dilakukan gereja kepada
penganut Kristian berulang kembali kepada umat Islam. Prejudis mereka kepada institusi agama sangat tinggi sehingga
mendorong mereka menolak institusi agama sebagai badan yang menjaga urusan dan undang-undang umat Islam.
Kajian ini diharap dapat membuka ruang perbincangan yang lebih baik dengan kumpulan belia berisiko liberal agar
mereka memahami Islam yang sebenar dan menyedari wujudnya perbezaan yang besar antara institusi Islam dan
gereja. |
|---|