Sentimen kepartian dan personaliti pemimpin pada Pilihan Raya Umum 2018: kajian di kawasan DUN Chempaka, Kelantan
Dalam sesebuah pilihan raya, pengundi merupakan satu komponen yang penting. Pengundi akan mengundi dalam pilihan raya sama ada berdasarkan sentimen kepartian ataupun personaliti pemimpin. Justeru itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk mengkaji pengaruh sentimen kepartian dan personaliti pem...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16723/ http://journalarticle.ukm.my/16723/1/39690-154715-1-PB.pdf |
| Summary: | Dalam sesebuah pilihan raya, pengundi merupakan satu komponen yang penting. Pengundi akan mengundi dalam
pilihan raya sama ada berdasarkan sentimen kepartian ataupun personaliti pemimpin. Justeru itu, adalah menjadi
tujuan kajian ini untuk mengkaji pengaruh sentimen kepartian dan personaliti pemimpin terhadap pilihan politik
pengundi di kawasan DUN Chempaka, Kelantan. Bagi mencapai objektif kajian, dua kaedah kajian telah digunakan
iaitu soal selidik terhadap 377 orang responden berdasarkan lokasi geografi iaitu bandar dan luar bandar di kawasan
kajian; dan rujukan terhadap sumber sekunder yang berkaitan. Seterusnya, data daripada borang soal selidik telah
dianalisis menggunakan perisian SPSS dan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan penulisan hasil kajian ini dikukuhkan
dengan sumber sekunder yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa responden di kawasan kajian mengutamakan
kriteria politik yang mempunyai calon yang mengutamakan rakyat, mampu menjana pembangunan rakyat dan
membasmi kemiskinan dan adil kepada semua pihak. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ciri personaliti
pemimpin yang diinginkan oleh responden di kawasan kajian ialah bersikap jujur dan amanah terhadap tanggungjawab
yang diberikan, bersih daripada rasuah dan pemimpin yang mengutamakan kebajikan rakyat. Justeru, dapatan kajian
ini diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan umum atau panduan kepada semua pihak terutamanya parti politik
dan pihak kerajaan untuk meneliti isu dan permasalahan yang berlaku di kawasan kajian agar pihak yang terlibat lebih
peka dalam memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat sebaik mungkin. |
|---|