Tinjauan awal gelagat pengguna Malaysia terhadap isu penggunaan beg plastik
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memerhatikan respons semasa, perubahan gelagat pengguna sewaktu berbelanja dan keberkesanan kempen selepas hampir sedekad dikenakan caj beg plastik RM0.20 dijalankan di Malaysia. Data kajian daripada 122 responden diperolehi secara kuantitatif melalui borang...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16719/ http://journalarticle.ukm.my/16719/1/34045-154711-1-PB.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memerhatikan respons semasa, perubahan gelagat pengguna sewaktu berbelanja
dan keberkesanan kempen selepas hampir sedekad dikenakan caj beg plastik RM0.20 dijalankan di Malaysia. Data
kajian daripada 122 responden diperolehi secara kuantitatif melalui borang soal selidik atas talian. Hasil kajian
mendapati budaya membawa beg sendiri masih janggal dalam kalangan masyarakat Malaysia meskipun majoriti
pengguna mengetahui kewujudan Kempen Bebas Plastik. Perubahan gelagat pengguna adalah rendah kerana 62.3%
pengguna masih tidak membawa beg sendiri atas alasan terlupa. Sebanyak 57.3% pengguna pula masih sanggup
membayar caj RM0.20 bagi mendapatkan beg plastik. Hasil kajian turut mendapati bahawa pengguna lebih memilih
untuk bergantung kepada inisiatif peniaga seperti menyediakan beg kertas dan kotak untuk pembeli. Melalui kajian
ini juga, didapati media massa merupakan platform utama dalam menyebarkan maklumat dan mewujudkan kesedaran
tentang alam sekitar. Pengguna menyokong polisi yang lebih ketat dan kenaikan caj beg plastik bagi setiap pembelian. |
|---|