Kajian etnografi terhadap konsep jiwa dalam kepercayaan orang Temiar
Orang Temiar merupakan salah satu suku kaum masyarakat Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Masyarakat ini mempunyai keunikan kebudayaan mereka yang tersendiri iaitu sama ada yang bercirikan budaya material ataupun non material yang seringkali bersifat abstrak, metafizik dan non...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16716/ http://journalarticle.ukm.my/16716/1/192-325-1-PB.pdf |
| Summary: | Orang Temiar merupakan salah satu suku kaum masyarakat Orang Asli yang
terdapat di Semenanjung Malaysia. Masyarakat ini mempunyai keunikan
kebudayaan mereka yang tersendiri iaitu sama ada yang bercirikan budaya
material ataupun non material yang seringkali bersifat abstrak, metafizik dan non
empirikal. Daripada segi kepercayaan, secara umumnya mereka merupakan
masyarakat yang berpegang kepada kepercayaan yang berkonsepkan animisme
yang diwarisi daripada leluhur nenek moyang mereka. Animisme merupakan
suatu konsep kepercayaan yang mempercayai dan menyakini bahawa semua
kehidupan semula jadi sama ada manusia, tumbuhan, binatang dan lainnya adalah
mempunyai jiwa. Maka dengan itu, makalah ini akan membincangkan tentang
konsep jiwa dalam kepercayaan masyarakat Temiar. Konsep jiwa ini memberikan
pengaruh yang besar dalam perjalanan kehidupan mereka bahkan sehingga juga
di alam selepas kematian. Dapatan kajian ini telah diperoleh menerusi kajian
lapangan yang dilakukan ke atas masyarakat Temiar yang menjalani kehidupan di
Pos Kuala Mu, Lasah, Sungai Siput, Perak. Kaedah kajian etnografi telah
diaplikasikan dengan melibatkan kaedah temu bual berstruktur, temu bual
mendalam, rakaman audio visual, pemerhatian dan penyertaan turut serta. Hasil
kajian mendapati bahawa konsep jiwa masyarakat Temiar boleh dibahagikan
kepada jiwa manusia dan jiwa bukan manusia. Jiwa manusia adalah jiwa yang
dimiliki oleh seseorang individu yang terdiri daripada empat jenis jiwa iaitu jiwa
kepala yang dipanggil ruwai, jiwa hati atau jerek, jiwa mata atau kenlok mat dan jiwa
bayang atau wog. Manakala bagi jiwa bukan manusia pula, ia dimiliki oleh haiwan
dan tumbuhan yang dipanggil sebagai kahyek bagi jiwa kepala dan kenarok bagi
jiwa hati serta gunung yang dipanggil sebagai puteri bagi jiwa kepala dan sarak
bagi jiwa hatinya. Perbincangannya melibatkan tentang pandangan masyarakat
Temiar terhadap setiap jiwa ini dan cara mereka berhubung dan menanggapi
konsep jiwa ini dalam kehidupan seharian mereka. |
|---|