Amalan pengebumian tajau dalam kebudayaan Megalitik di Sabah
Tajau atau tempayan merupakan budaya material yang amat bernilai pada masyarakat dahulu terutama semasa kebudayaan Megalitik diamalkan. Ia digunakan bukan sahaja sebagai tempat penyimpan makanan dan barang hantaran dalam perkahwinan tetapi juga dalam upacara pengebumian. Bukti penggunaan taj...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16715/ http://journalarticle.ukm.my/16715/1/191-324-1-PB.pdf |
| Summary: | Tajau atau tempayan merupakan budaya material yang amat bernilai pada
masyarakat dahulu terutama semasa kebudayaan Megalitik diamalkan. Ia
digunakan bukan sahaja sebagai tempat penyimpan makanan dan barang
hantaran dalam perkahwinan tetapi juga dalam upacara pengebumian. Bukti
penggunaan tajau dalam upacara pengebumian semasa kebudayaan megalitik
telah ditemui di Kampung Pogunon melalui ekspedisi penyelamatan pada tahun
2000, 2007 dan 2008 oleh Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium Sabah.
Kepercayaan ini dikatakan diamalkan oleh suku kaum Kadazandusun di
kampung tersebut di mana tajau ini telah dijadikan sebagai bekas untuk
menyimpan mayat dan barang-barang kiriman si mati. Penggunaan tajau dalam
pengebumian ini telah dihubungkaitkan dengan kepercayaan bahawa tajau
tersebut merupakan tempat tinggal dan keperluan bagi si mati di alam seterusnya.
Upacara pengkebumian ini dikatakan melibatkan adat dan ritual yang diketuai
oleh seseorang yang dikenali sebagai bobohizan oleh masyarakat Kadazandusun
pada masa dahulu. |
|---|