Nisan Aceh Plak Pleng: jumpaan terbaharu di Lamreh, Aceh Besar, Indonesia
Tapak arkeologi di Lamreh mempunyai tinggalan batu nisan kuno dengan berbagai jenis dan bentuk. Batu nisan tersebut merupakan kesan tinggalan daripada kerajaan Lamuri yang pernah wujud sekitar abad ke-11 sehingga 16 Masihi. Salah satu jenis nisan Aceh yang dijumpai di tapak Lamreh ialah nisan...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16712/ http://journalarticle.ukm.my/16712/1/187-321-1-PB.pdf |
| Summary: | Tapak arkeologi di Lamreh mempunyai tinggalan batu nisan kuno dengan
berbagai jenis dan bentuk. Batu nisan tersebut merupakan kesan tinggalan
daripada kerajaan Lamuri yang pernah wujud sekitar abad ke-11 sehingga 16
Masihi. Salah satu jenis nisan Aceh yang dijumpai di tapak Lamreh ialah nisan
Plak Pleng yang diyakini sebagai nisan peralihan Hindu-Buddha kepada Islam.
Nisan Plak Pleng mempunyai bentuk yang unik menyerupai bentuk stupa dan
menhir. Malahan hiasan yang ada pada nisan ini hampir dengan ukiran yang
terdapat pada bangunan suci Hindu dan Buddha. Kajian ini menggunakan kaedah
survei dan pemetaan untuk menentukan taburan nisan dan mengkaji bagaimana
ukiran corak pada nisan Plak Pleng. Justeru dengan adanya kajian ini diharapkan
akan menambah rujukan dan ilmu pengetahuan tentang batu nisan Aceh di Aceh
khasnya dan Asia Tenggara amnya. |
|---|