Kebudayaan megalith di Semenanjung Malaysia dari perspektif sosiobudaya dan etnoarkeologi
Artikel ini menfokuskan tentang kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Sembilan, Melaka dan Perak. Objektif penulisan ini bertujuan untuk membincangkan pandangan masyarakat berkaitan dengan kebudayaan Megalith dalam kalangan masyarakat tempatan khususnya daripada persp...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16704/ http://journalarticle.ukm.my/16704/1/178-313-1-PB.pdf |
| Summary: | Artikel ini menfokuskan tentang kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia
khususnya di Negeri Sembilan, Melaka dan Perak. Objektif penulisan ini bertujuan
untuk membincangkan pandangan masyarakat berkaitan dengan kebudayaan
Megalith dalam kalangan masyarakat tempatan khususnya daripada perspektif
sosiobudaya dan etnoarkeologi. Dengan taburannya yang tidak menyeluruh di
Semenanjung Malaysia kecuali di Negeri Sembilan dan Melaka, serta penemuan
dalam jumlah yang kecil di Perak menyebabkan pengetahuan atau pemahaman
masyarakat mengenai kebudayaan Megalith juga agak terbatas. Kajian ini
menggunakan bahan bertulis di perpustakaan sama ada buku, jurnal atau kertas
kerja seminar dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan
kaedah etnoarkeologi seperti yang pada kebiasaannya seringkali digunakan oleh
sarjana untuk mengkaji sosiobudaya dan kebudayaan Megalith. Hasil kajian
mendapati wujud pelbagai perspektif masyarakat berkaitan dengan batu Megalith
atau batu hidup. Antaranya ialah konsep batu hidup dikaitkan dengan andaian ia
ada ‘roh’, seolah-olah ia hidup. Namun realitinya, konsep ‘batu hidup’ yang
dimaksudkan adalah wujudnya pelbagai upacara ritual, sajian atau penyembahan,
kepercayaan adanya kuasa luar biasa atau super natural, rasa penghormatan dan
sebagainya yang melingkari kehidupan masyarakat pada masa tersebut.
Fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan tradisi batu Megalith atau
batu hidup terus berkembang dalam kalangan masyarakat. |
|---|