Kesalahan ejaan dalam karangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah
Penulisan karangan merupakan aktiviti pembelajaran bahasa Melayu yang wajib dikuasai oleh murid-murid di sekolah. Melalui penulisan karangan juga, kesalahan mekanika bahasa seperti ejaan sering dilakukan oleh murid sama ada mereka ialah penutur natif bahasa Melayu atau sebaliknya. Kajian ini b...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16694/ http://journalarticle.ukm.my/16694/1/47707-154478-1-SM.pdf |
| Summary: | Penulisan karangan merupakan aktiviti pembelajaran bahasa Melayu yang wajib dikuasai
oleh murid-murid di sekolah. Melalui penulisan karangan juga, kesalahan mekanika bahasa
seperti ejaan sering dilakukan oleh murid sama ada mereka ialah penutur natif bahasa
Melayu atau sebaliknya. Kajian ini bertujuan untuk meneliti jenis-jenis kesalahan ejaan yang
dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Data diperoleh daripada 70
hasil karangan murid-murid tingkatan empat daripada tiga buah sekolah menengah di daerah
Tuaran, Sabah. Semua karangan dianalisis menggunakan kaedah Analisis Kandungan.
Berdasarkan dapatan kajian, jumlah kesalahan ejaan yang dilakukan oleh murid dalam
karangan adalah sebanyak 511 data yang melibatkan kategori penambahan , penghilangan
dan penggantian huruf dalam kata pinjaman, kata dasar dan kata terbitan. Selain itu, murid
juga keliru akan pengejaan sesuatu perkataan yang perlu ditulis dekat atau ditulis terpisah.
Seterusnya, aspek kesalahan ejaan lain yang didapati ialah penyingkatan perkataan serta
ketidakpekaan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Tidak dapat dinafikan bahawa aspek
ejaan berperanan penting untuk memastikan sesuatu mesej yang cuba disampaikan oleh
penulis lebih bermakna dan mudah difahami. Kajian ini mencadangkan kepada pendidik dan
murid agar peka akan sistem ejaan yang betul. Dengan demikian, murid dapat menghasilkan
karangan yang lebih mudah dibaca, difahami dan berkesan untuk kelancaran pembacaan
dalam menyampaikan komunikasi bentuk bertulis menggunakan ejaan bahasa Melayu yang
standard. |
|---|