Penggunaan media dalam pengekalan identiti etnik generasi kedua Bawean di Malaysia
Identiti merupakan satu perkara yang penting bagi manusia dan sering dibincangkan. Kepentingan identiti ini adalah berkaitan dengan proses-proses identiti iaitu pembentukan, pengekalan dan perubahan. Perdebatan proses ini merangkumi aspek etnik, bahasa, agama, gender, makanan, persekitaran dan...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16664/ http://journalarticle.ukm.my/16664/1/47212-152755-1-PB.pdf |
| Summary: | Identiti merupakan satu perkara yang penting bagi manusia dan sering dibincangkan. Kepentingan
identiti ini adalah berkaitan dengan proses-proses identiti iaitu pembentukan, pengekalan dan
perubahan. Perdebatan proses ini merangkumi aspek etnik, bahasa, agama, gender, makanan,
persekitaran dan lokalisme. Pada masa kini, pengekalan identiti sangat dipengaruhi melalui
penggunanaan platform media. Artikel ini bertujuan mengupas platform media yang digunakan oleh
generasi kedua Bawean dan membincangkan kesan media ke atas pengekalan identiti. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam terhadap 13 orang
informan dan kajian perpustakaan. Temu bual dianalisis berdasarkan teori pembentukan identiti
budaya. Hasil kajian dari temu bual mendapati platform media yang digunakan oleh generasi kedua
adalah media elektronik meliputi media sosial dan media penyiaran seperti radio dan televisyen.
Media elektronik digunakan sebagai strategi pengekalan identiti. Media cetak seperti majalah
merupakan sebahagian koleksi yang disimpan untuk pembelajaran mengenai identiti. Kesan
penggunaan media mempengaruhi pembentukan budaya identiti generasi kedua Bawean ke atas ciri
fizikal, personaliti, kemahiran, proses psikologikal, hak dan tanggungjawab mereka. Platform media
ini secara langsung memberi peneguhan dan pengekalan identiti etnik mereka. Pengekalan identiti
etnik masyarakat Bawean dilestarikan apabila setiap generasi mempunyai kesedaran dan
tanggungjawab untuk menonjolkan identiti etnik mereka melalui penggunaan media. |
|---|