Perbincangan orientalisme melalui analisis semiotika dalam animasi
Kajian ini menyingkap, menginterpretasi dan memahami pengaruh orientalis dalam siri animasi Saladin: The Animated Series melalui analisis semiotik Roland Barthes. Elemen semiotik ini dapat dilihat dalam kerangka semiotik daripada Barthes dengan memecahkan tanda kepada dua komponen, iaitu signi...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16661/ http://journalarticle.ukm.my/16661/1/44599-152442-1-PB.pdf |
| Summary: | Kajian ini menyingkap, menginterpretasi dan memahami pengaruh orientalis dalam siri animasi
Saladin: The Animated Series melalui analisis semiotik Roland Barthes. Elemen semiotik ini dapat
dilihat dalam kerangka semiotik daripada Barthes dengan memecahkan tanda kepada dua komponen,
iaitu signifier dan signified. Sistem tanda ini digunakan untuk melihat pemaparan simbol melalui
bingkai atau frame dalam animasi ini. Analisis kajian ini meneliti perubahan siri animasi ini daripada
tajuk, poster, penggunaan bahasa, yang menghasilkan wacana orientalisme untuk merendahkan
tokoh Islam, Salahuddin al-Ayubi. Dapatan kajian mendapati nama tokoh Islam yang dijadikan tajuk
siri animasi ini mengambil nama panggilan orang Barat, Saladin dan bukannya Salahuddin al-Ayubi.
Seterusnya, berlaku perubahan dalam pemaparan tokoh Islam dalam poster filem animasi Saladin ke
siri animasi Saladin: The Animated Series. Berlaku kekeliruan apabila wajah Saladin, hero siri animasi
ini tidak diletakkan di tengah poster. Perubahan pemaparan tokoh Islam dalam setiap poster tersebut
menunjukkan berlakunya pengaruh orientalisme. Dari segi penggunaan bahasa pula, kajian ini
menganalisis dialog sebagai petanda dan siri animasi ini menunjukkan penerimaan unsur pengaruh
luar seperti penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, alih bahasa dalam bahasa Arab
dilakukan untuk penonton di Timur Tengah, dan bahasa Melayu hanya diletakkan sebagai subtitle atau
sari kata. Hasil penelitian menunjukkan bahawa orientalisme mencalarkan identiti tokoh Islam ini. |
|---|