Potensi infografik dalam menangani persepsi negatif netizen terhadap institusi zakat di Malaysia
Di Malaysia, antara perkara yang sering menjadi viral atau perbualan netizan adalah berkaitan dengan pelbagai ketidakpuasan masyarakat terhadap institusi zakat. Ketidakpuasan masyarakat ini merangkumi tahap kepuasan agihan, kualiti perkhidmatan, sikap pengguna dan kepercayaan terhadap institus...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16660/ http://journalarticle.ukm.my/16660/1/39786-152437-1-PB.pdf |
| Summary: | Di Malaysia, antara perkara yang sering menjadi viral atau perbualan netizan adalah berkaitan dengan
pelbagai ketidakpuasan masyarakat terhadap institusi zakat. Ketidakpuasan masyarakat ini
merangkumi tahap kepuasan agihan, kualiti perkhidmatan, sikap pengguna dan kepercayaan terhadap
institusi zakat. Oleh yang demikian, tujuan artikel ini adalah untuk meneroka potensi penggunaan
infografik sebagai medium penyampai maklumat yang efektif dalam menjawab persoalan, menangani
isu dan masalah yang dilontarkan oleh netizen. Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui
pemerhatian terhadap media sosial dan laman sesawang institusi-institusi zakat di Malaysia dalam
memaparkan maklumat tentang usaha dan inisiatif mereka dalam membasmi kemiskinan. Selain itu,
analisis kandungan juga dilakukan dengan menggunakan kaedah PRISMA untuk mengenal pasti
keberkesanan penggunaan infografik dalam menyampaikan maklumat. Hasil dapatan pemerhatian
menunjukkan bahawa penglibatan institusi zakat dalam media sosial berada di peringkat awal dan
belum digunakan secara maksimum. Dapatan analisis kandungan pula menunjukkan bahawa
penggunaan infografik berkesan dari aspek penyampaian maklumat terutamanya melibatkan
maklumat yang banyak dan kompleks serta membantu semua lapisan masyarakat dalam mengingati
fakta. Pemilihan kombinasi warna dalam infografik turut berperanan dalam menarik perhatian
pengguna dan memaparkan maklumat yang pelbagai. Terdapat beberapa cadangan turut
dibincangkan untuk menggunakan infografik sebagai medium penyampai maklumat yang efektif
dalam menangani isu dan tanggapan negatif dari netizen. |
|---|