Perkembangan teknologi komunikasi dan sumbangannya kepada pentadbiran British dan masyarakat di Negeri-Negeri Selat 1902-1938
Sistem komunikasi merupakan elemen penting untuk melicinkan pentadbiran selain menyediakan kemudahan perhubungan kepada masyarakat tempatan. Perkembangan ekonomi dan perubahan sistem pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat mendorong pentadbiran British untuk memperkenalkan sistem komunikasi...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16651/ http://journalarticle.ukm.my/16651/1/39821-152422-1-PB.pdf |
| Summary: | Sistem komunikasi merupakan elemen penting untuk melicinkan pentadbiran selain menyediakan
kemudahan perhubungan kepada masyarakat tempatan. Perkembangan ekonomi dan perubahan
sistem pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat mendorong pentadbiran British untuk
memperkenalkan sistem komunikasi moden di Negeri-Negeri Selat bagi memudahkan urusan
penyampaian maklumat. Kebanyakan kajian lepas dalam aspek perhubungan adalah lebih berfokus
kepada perkembangan sistem pengangkutan berbanding sistem komunikasi. Sehubungan itu, objektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti usaha-usaha yang dilakukan oleh British dalam pembangunan
teknologi komunikasi di Negeri-Negeri Selat dan sumbangannya kepada pentadbiran dan penduduk
tempatan. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah kaedah kualitatif yang
berasaskan metodologi sejarah dengan menjadikan bahan primer sebagai sumber analisis utama.
Antara fail yang dirujuk ialah fail kolonial CO273 Colonial Office: Straits Settlements Original
Correspondence dan CO275 Colonial Office: Straits Settlements Sessional Papers. Kajian mendapati
bahawa pelbagai usaha telah dilakukan oleh British di Negeri-Negeri Selat untuk membangunkan
sistem komunikasi yang sempurna dan efisien. Antaranya menaik taraf kemudahan telefon dan
telegraf dengan menaik taraf talian-talian sedia ada. Talian-talian telefon dan telegraf juga ditambah
di seluruh Negeri-Negeri Selat seterusnya memperluaskan jaringan ke Negeri-Negeri Melayu yang lain.
Teknologi tanpa wayar juga diperkenalkan di Singapura dan Pulau Pinang untuk menyediakan
teknologi komunikasi moden dan canggih pada era tersebut. Transformasi dalam sistem komunikasi di
Negeri-Negeri Selat telah menyumbang kepada kelancaran urusan pentadbiran selain memberi
manfaat dalam bidang sosial dan ekonomi. |
|---|