Faktor peramal penerimaan perkhidmatan e-kerajaan
E-kerajaan dibangunkan untuk mengubah cara operasi dalam kerajaan dengan menggunakan sistem penyampaian perkhidmatan dalam talian. Justeru, kajian ini memberi fokus kepada salah satu perkhidmatan e-kerajaan iaitu aplikasi MyEG. Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor peramal yang mempengaruh...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16645/ http://journalarticle.ukm.my/16645/1/28817-152277-1-PB.pdf |
| Summary: | E-kerajaan dibangunkan untuk mengubah cara operasi dalam kerajaan dengan menggunakan sistem
penyampaian perkhidmatan dalam talian. Justeru, kajian ini memberi fokus kepada salah satu
perkhidmatan e-kerajaan iaitu aplikasi MyEG. Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor peramal
yang mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan aplikasi MyEG. Faktor tersebut
terdiri daripada empat konstruk utama iaitu pengaruh sosial, jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan
suasana dorong. Manakala bagi pemboleh ubah bersandar kajian ialah penerimaan aplikasi MyEG.
Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik digunakan. Seramai
396 pengguna aplikasi MyEG di sekitar kawasan Lembah Klang dipilih sebagai responden kajian.
Kesemua data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22. Teknik persampelan kajian ialah
persampelan rawak mudah dan bertujuan. Dua prosedur statistik telah digunakan iaitu statistik
deskriptif dan statistik inferensi. Hasil keputusan menunjukkan bahawa tahap penerimaan pengguna
terhadap aplikasi MyEG berada pada tahap sederhana. Ujian korelasi Pearson membuktikan bahawa
terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara jangkaan prestasi, jangkaan usaha, suasana
dorong dan pengaruh sosial terhadap penerimaan aplikasi MyEG. Aplikasi MyEG diterima oleh
pengguna kerana aplikasi ini mementingkan faktor persekitaran dalam penggunaannya. Manakala
ujian multi regresi mendapati jangkaan prestasi, suasana dorong, pengaruh sosial dan jangkaan usaha
merupakan pemboleh ubah peramal kepada penerimaan aplikasi MyEG. Namun begitu, jangkaan
prestasi adalah faktor utama yang menyumbang kepada penerimaan aplikasi MyEG oleh pengguna. |
|---|