Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Kanak – kanak kurang upaya memerlukan pemulihan yang komprehensif dan berterusan. Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) telah dibina untuk memenuhi keperluan ini dan telah memberi manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Di Malaysia, kerajaan telah mem...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Anisah Jaafar, Nor Azlin Mohd Nordin, Syed Mohamed Aljunid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16643/
http://journalarticle.ukm.my/16643/1/37377-147289-1-PB.pdf
_version_ 1848814103751032832
author Nurul Anisah Jaafar,
Nor Azlin Mohd Nordin,
Syed Mohamed Aljunid,
author_facet Nurul Anisah Jaafar,
Nor Azlin Mohd Nordin,
Syed Mohamed Aljunid,
author_sort Nurul Anisah Jaafar,
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Kanak – kanak kurang upaya memerlukan pemulihan yang komprehensif dan berterusan. Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) telah dibina untuk memenuhi keperluan ini dan telah memberi manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Di Malaysia, kerajaan telah membiayai sebahagian besar pemulihan kanak – kanak kurang upaya di PDK. Walau bagaimanapun, setakat ini kajian mengenai keberhasilan PDK untuk kanak – kanak kurang upaya di negara ini amat terhad. Kajian ini bertujuan menentukan keberhasilan program pemulihan serta mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di PDK. Keberhasilan program diukur dari aspek perubahan tahap keupayaan dalam aktiviti harian menggunakan Indeks Barthel selepas 6 bulan menjalani PDK. Faktor berkait yang dikaji ialah umur, skor asas Indeks Barthel, kekerapan kehadiran ke sesi terapi dan bilangan terapi yang diterima. Data dianalisis menggunakan ujian t berpasangan, ujian Wilcoxon signed ranks dan ujian korelasi Spearman. Sejumlah 220 orang kanak – kanak kurang upaya berumur dari 4 hingga 18 tahun dan 220 penjaga daripada 29 pusat PDK di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menyertai kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan kecil dalam Indeks Barthel, min perubahan ± SP bersamaan 0.90 ± 4.54 (p=0.003) selepas pemulihan. Tahap kehadiran ke sesi terapi adalah rendah iaitu < 50% menunjukkan kehadiran tiga perempat atau penuh dari keseluruhan sesi terapi yang ditawarkan. Semua faktor yang dikaji didapati tidak mempunyai kaitan dengan perubahan skor Indeks Barthel (p>0.05). Sebagai kesimpulan, keberhasilan pemulihan yang diperolehi melalui PDK amat kecil bagi tempoh latihan yang dijalani. Implementasi program perlu dinilai dan ditambah baik bagi meningkatkan manfaatnya terhadap kanak-kanak kurang upaya.
first_indexed 2025-11-15T00:28:46Z
format Article
id oai:generic.eprints.org:16643
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T00:28:46Z
publishDate 2021
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling oai:generic.eprints.org:166432021-05-25T03:17:18Z http://journalarticle.ukm.my/16643/ Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia Nurul Anisah Jaafar, Nor Azlin Mohd Nordin, Syed Mohamed Aljunid, Kanak – kanak kurang upaya memerlukan pemulihan yang komprehensif dan berterusan. Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) telah dibina untuk memenuhi keperluan ini dan telah memberi manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Di Malaysia, kerajaan telah membiayai sebahagian besar pemulihan kanak – kanak kurang upaya di PDK. Walau bagaimanapun, setakat ini kajian mengenai keberhasilan PDK untuk kanak – kanak kurang upaya di negara ini amat terhad. Kajian ini bertujuan menentukan keberhasilan program pemulihan serta mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di PDK. Keberhasilan program diukur dari aspek perubahan tahap keupayaan dalam aktiviti harian menggunakan Indeks Barthel selepas 6 bulan menjalani PDK. Faktor berkait yang dikaji ialah umur, skor asas Indeks Barthel, kekerapan kehadiran ke sesi terapi dan bilangan terapi yang diterima. Data dianalisis menggunakan ujian t berpasangan, ujian Wilcoxon signed ranks dan ujian korelasi Spearman. Sejumlah 220 orang kanak – kanak kurang upaya berumur dari 4 hingga 18 tahun dan 220 penjaga daripada 29 pusat PDK di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menyertai kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan kecil dalam Indeks Barthel, min perubahan ± SP bersamaan 0.90 ± 4.54 (p=0.003) selepas pemulihan. Tahap kehadiran ke sesi terapi adalah rendah iaitu < 50% menunjukkan kehadiran tiga perempat atau penuh dari keseluruhan sesi terapi yang ditawarkan. Semua faktor yang dikaji didapati tidak mempunyai kaitan dengan perubahan skor Indeks Barthel (p>0.05). Sebagai kesimpulan, keberhasilan pemulihan yang diperolehi melalui PDK amat kecil bagi tempoh latihan yang dijalani. Implementasi program perlu dinilai dan ditambah baik bagi meningkatkan manfaatnya terhadap kanak-kanak kurang upaya. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/16643/1/37377-147289-1-PB.pdf Nurul Anisah Jaafar, and Nor Azlin Mohd Nordin, and Syed Mohamed Aljunid, (2021) Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 19 (1). pp. 177-185. ISSN 1675-8161 https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1272
spellingShingle Nurul Anisah Jaafar,
Nor Azlin Mohd Nordin,
Syed Mohamed Aljunid,
Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
title Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
title_full Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
title_fullStr Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
title_full_unstemmed Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
title_short Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
title_sort keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di pantai timur semenanjung malaysia
url http://journalarticle.ukm.my/16643/
http://journalarticle.ukm.my/16643/
http://journalarticle.ukm.my/16643/1/37377-147289-1-PB.pdf