Meneroka kesejahteraan sosial Karen dan Rohingya di Sekolah Pelarian Myanmar di Chow Kit
Pelarian Karen dan Rohingya merupakan satu fenomena yang amat mengerikan dalam sejarah hidup manusia moden yang serba canggih teknologi media masa. Kebencian dan kebengisan kerajaan Myanmar dalam pembunuhan beramai-ramai, penafian kerakyatan, mendera dan merampas segala harta benda masyarakat...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16620/ http://journalarticle.ukm.my/16620/1/276-Article%20Text-395-1-10-20200427.pdf |
| Summary: | Pelarian Karen dan Rohingya merupakan satu fenomena yang amat mengerikan dalam
sejarah hidup manusia moden yang serba canggih teknologi media masa. Kebencian dan
kebengisan kerajaan Myanmar dalam pembunuhan beramai-ramai, penafian kerakyatan,
mendera dan merampas segala harta benda masyarakat Karen dan Rohingya. Maka tempat
tumpuan untuk mencari perlindungan pelarian beratus ribu masyarakat ini adalah Malaysia.
Tujuan utama kajian ini adalah meneroka kesejahteraan sosial dalam kalangan masyarakat
Karen dan Rohingya di Malaysia. Kajian lepas amat kurang mengkaji isu kesejahteraan
sosial pelarian Karen dan Rohingya terutama adaptasi persekitaran, pendidikan dan
keperluan asas. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif
berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur
secara bertulis. 10 orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik
persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah di Sekolah
Pelarian Myanmar Chow Kit, Kuala Lumpur. Data temubual berstruktur dianalisis secara
tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama keperluan
asas masyarakat Karen dan Rohingya kurang kebersihan misalnya tidak memakai baju, tidak
gosok gigi, tidak mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya. Kedua, daripada aspek
pendidikan tidak boleh membaca dan menulis. Ketiga, komuniti Karen dan Rohingya tidak
disediakan untuk menjalani kehidupan harian biasa atau persediaan pemulangan ke negara
asal mereka. Implikasi kajian ini mencadangkan program intervensi dan outreach untuk
menghadapi masa depan kehidupan Karen dan Rohingya lebih terjamin melalui pendidikan
keusahawanan dan pendidikan asas kebersihan diri dan persekitaran. |
|---|