Kesan pinggiran ekosistem sawit ke atas komposisi serangga pada sempadan guna tanah berbeza
Serangga memainkan peranan yang sangat penting di dalam ekosistem pertanian dan merangkumi pelbagai kumpulan berfungsi. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan arah pergerakan komuniti serangga yang merentasi ekosistem sawit pada sempadan guna tanah berbeza. Kajian ini dijalankan di Ladang...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16589/ http://journalarticle.ukm.my/16589/1/36928-134229-1-PB.pdf |
| Summary: | Serangga memainkan peranan yang sangat penting di dalam ekosistem pertanian dan
merangkumi pelbagai kumpulan berfungsi. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan arah
pergerakan komuniti serangga yang merentasi ekosistem sawit pada sempadan guna tanah
berbeza. Kajian ini dijalankan di Ladang Endau-Rompin (LER), Pahang. Enam stesen
persampelan ditempatkan di dalam dan pinggir LER. Persampelan dilakukan menggunakan
perangkap langgar-jatuh. Sejumlah 4,217 individu serangga terdiri daripada sembilan order
merangkumi 81 famili telah diperoleh. Lapan order tersebut terdiri daripada Hymenoptera,
Blattodea, Coleoptera, Hemiptera, Diptera, Orthoptera, Dermaptera, Lepidoptera, dan
Siphonaptera. Tiga famili paling melimpah adalah Sciaridae (585 individu; 13.87%),
Dolichopodidae (517 individu; 12.26%), dan Nitidulidae (382 individu; 9.06%). Ini diikuti
dengan Formicidae (346 individu; 8.20%) dan Curculionidae (273 individu; 6.47%). Famili�famili serangga yang lain mempunyai peratus individu yang kurang daripada 5%. Nilai Indeks
Kepelbagaian Shannon bagi stesen J42TB adalah paling tinggi dengan nilai sebanyak
(H’=3.011) manakala nilai indeks kepelbagaian yang paling rendah adalah stesen J20TB
dengan nilai sebanyak (H’=2.028). Terdapat perbezaan yang nyata (t=-25.47, p < 0.05) di
antara kepelbagaian serangga di setiap lokasi persampelan. Kesan pinggir tarikan dapat dilihat
dengan jelas di dalam LER. Dendogram dari analisis pengelompokan dua hala menunjukkan
komuniti serangga di ladang Endau-Rompin terpisah kepada dua kumpulan yang hadir pada
arah yang berbeza iaitu utara, selatan, timur, dan barat. Ujian khi kuasa dua menunjukkan
komuniti serangga yang hadir dari setiap arah (utara, selatan, timur, barat) adalah berbeza (χ2=
370.259, p < 0.05). |
|---|