Pengaruh gender dalam mencorakkan interaksi sosial kanak-kanak semasa main bebas di prasekolah
Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengaruh gender dalam mencorakkan interaksi sosial kanak-kanak semasa main bebas di prasekolah. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes tunggal ini dijalankan di sebuah prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam daerah Kota Kinabalu, Sabah dengan melibat...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16566/ http://journalarticle.ukm.my/16566/1/45800-147615-1-SM.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengaruh gender dalam mencorakkan interaksi sosial kanak-kanak semasa main bebas di prasekolah. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes tunggal ini
dijalankan di sebuah prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam daerah Kota Kinabalu,
Sabah dengan melibatkan 12 orang kanak-kanak prasekolah berumur lima dan enam tahun (6 lelaki
dan 6 perempuan) serta seorang guru prasekolah. Pengutipan data menggunakan kaedah
pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur, dan temu bual semi berstruktur. Data kajian
dianalisis secara kuantitatif (basic statistic) dan kualitatif yang menggunakan kaedah tematik
melalui tiga proses pengekodan untuk membentuk tema. Data kajian menunjukkan faktor gender
membentuk corak interaksi sosial yang berbeza antara kanak-kanak lelaki dan perempuan semasa
main bebas. Perbezaan ini boleh dilihat dari aspek corak interaksi sosial semasa main bebas iaitu
terdiri daripada interaksi sosial positif iaitu berkomunikasi, berkongsi, bekerjasama, dan konflik
verbal (kesan positif), manakala interaksi sosial negatif berbentuk tingkah laku monopoli semasa
main bebas. Semasa main bebas kanak-kanak lelaki cenderung menunjukkan interaksi sosial
positif berbanding kanak-kanak perempuan. Hal ini dipengaruhi oleh jenis main sosial, jenis alat
permainan dan pemilihan rakan semasa main. Main bebas mendorong pelbagai corak interaksi
sosial antara kanak-kanak dan merupakan keadah membantu kanak-kanak yang lemah dari segi
kemahiran sosial seterusnya perkembangan sosial yang baik kelak. Pemahaman yang mendalam
tentang perbezaan corak interaksi sosial pada kanak-kanak lelaki dan perempuan amat penting
kepada guru, pembina dasar dan ibu bapa untuk menyediakan kaedah dan ruang pembelajaran
yang mampu mengurangkan perbezaan antara jantina. Maklumat ini juga dapat mengurangkan
jurang perbezaan dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. |
|---|