Hubungan antara motivasi pencapaian, kecerdasan emosi dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial
Motivasi, kecergasan emosi dan ketahanan diri merupakan aspek penting untuk mempersiapkan mahasiswa kerja sosial ke arah profesion yang kompeten. Mereka berhadapan dengan cabaran kerja untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat yang pelbagai. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengena...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16559/ http://journalarticle.ukm.my/16559/1/45809-147631-1-SM.pdf |
| Summary: | Motivasi, kecergasan emosi dan ketahanan diri merupakan aspek penting untuk
mempersiapkan mahasiswa kerja sosial ke arah profesion yang kompeten. Mereka
berhadapan dengan cabaran kerja untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat yang pelbagai.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara motivasi
pencapaian, kecerdasan emosi dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian dijalankan secara kuantitatif dengan
menggunakan reka bentuk tinjauan survei secara keratan-lintang. Seramai 124 orang
mahasiswa Kerja Sosial di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM telah dipilih sebagai
responden kajian. Data yang diperolehi, dianalisis dengan mengunakan analisis deskriptif dan
inferensi. Hasil kajian mendapati majoriti mahasiswa kerja sosial di UKM adalah terdiri dari
golongan belia berumur 21-23 tahun, berbangsa Melayu (94.4 peratus), memperolehi PNGK
antara 3.00 hingga 3.66 (83.1 peratus) dan terdiri daripada kalangan keluarga B40 iaitu
berpendapatan isi rumah sekitar RM3860 sebulan (69.4 peratus). Hasil analisis kolerasi
Pearson yang dijalankan mendapati terdapat hubungan positif, sederhana dan signifikan
antara motivasi pencapaian dengan kecerdasan emosi (r=.481, p<0.01) dan ketahanan diri
(r=.229, p<0.05) dalam kalangan mahasiswa kerja sosial. Analisis juga mendapati terdapat
hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi (r=.674, p<0.01) dengan ketahanan diri
dalam kalangan mahasiswa kerja sosial. Hasil kajian memberi implikasi terhadap keperluan
mewujudkan program-program yang boleh membantu meningkatkan motivasi, kecerdasan
emosi dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial di UKM. |
|---|