Adab murid terhadap guru menurut Ibn Jama’ah: aplikasinya dalam konteks pembelajaran dalam talian
Bagi mengekang penularan virus COVID-19, sekolah dan institusi pendidikan terpaksa ditutup sekaligus mengubah norma pendidikan secara drastik dari pembelajaran bersemuka kepada pembelajaran dalam talian. Demi memastikan murid tidak ketinggalan dalam pelajaran, para guru di Malaysia berusaha ke...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16556/ http://journalarticle.ukm.my/16556/1/45853-147772-1-SM.pdf |
| Summary: | Bagi mengekang penularan virus COVID-19, sekolah dan institusi pendidikan terpaksa
ditutup sekaligus mengubah norma pendidikan secara drastik dari pembelajaran bersemuka
kepada pembelajaran dalam talian. Demi memastikan murid tidak ketinggalan dalam
pelajaran, para guru di Malaysia berusaha keras untuk memastikan kelancaran proses
pengajaran dalam talian. Namun begitu, usaha mereka seakan tidak berbaloi apabila murid
tidak menunjukkan sokongan terhadap kelas maya yang diadakan oleh guru khasnya dalam
pembelajaran secara segerak. Meskipun kedua-duanya tidak bertemu secara realiti, sikap
negatif yang ditonjolkan oleh murid secara tidak langsung dikaitkan dengan pengabaian adab
terhadap guru. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan satu panduan kepada murid
berkenaan adab terhadap guru melalui penerokaan terhadap karya Tadhkirat as-Sami’ wal
Mutakallim fi Adab al-‘Alim wa al-Muta’alim nukilan Ibn Jama’ah (w. 733 H). Metodologi
analisis kandungan telah dijalankan pada kitab terbabit bagi mendapatkan panduan adab
murid yang relevan untuk diaplikasikan dalam konteks pembelajaran dalam talian secara
segerak. Hasil kajian telah menemukan lapan tema merangkumi adab dari sudut menjaga
penampilan diri, menepati masa, menumpukan perhatian terhadap guru, memberikan respon
yang sewajarnya, tidak malu untuk bertanya, tidak melakukan urusan lain semasa guru
sedang mengajar, tidak meremehkan pengajaran guru serta berterima kasih dan mendoakan
guru. Kajian ini diharapkan dapat memberi pencerahan kepada para murid untuk terus
mengekalkan budaya beradab terhadap guru tanpa mengira apa jua situasi pembelajaran.
Implikasi kajian ini tidak ditumpukan kepada murid sekolah semata-mata, bahkan ia boleh
dimanfaatkan oleh semua penuntut ilmu yang terlibat dengan pembelajaran dalam talian
merentasi pelbagai bidang pengajian. |
|---|