Hubungan kesukaran meregulasi emosi dan tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja: perapatan kepada komuniti sebagai perantara
Dewasa ini, banyak kes jenayah menyaksikan remaja sebagai pelaku. Kajian-kajian lepas menunjukkan penglibatan remaja dalam delinkuensi disebabkan oleh pelbagai faktor bermula dari domain individu (psikologikal), sosial, sehinggalah pengaruh di peringkat persekitaran dan komuniti. Walaupun pelbag...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16454/ http://journalarticle.ukm.my/16454/1/27690-139502-1-PB.pdf |
| Summary: | Dewasa ini, banyak kes jenayah menyaksikan remaja sebagai pelaku. Kajian-kajian lepas menunjukkan penglibatan
remaja dalam delinkuensi disebabkan oleh pelbagai faktor bermula dari domain individu (psikologikal), sosial,
sehinggalah pengaruh di peringkat persekitaran dan komuniti. Walaupun pelbagai kajian telah dilakukan dalam
memahami faktor psikologikal, tidak banyak kajian yang memfokuskan peranan aspek perapatan kepada jiran tetangga
dan komuniti dalam konteks delinkuen remaja dan kaitannya dengan faktor psikologikal. Justeru, objektif utama kajian
ini adalah mengenal pasti pengaruh perapatan kepada komuniti sebagai perantara antara kesukaran meregulasi
emosi dan tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah yang
terletak di Perak. Kajian ini menggunakan soal selidik yang merangkumi tiga alat ukuran iaitu Skala Perapatan kepada
Komuniti, Skala Kesukaran Meregulasi Emosi dan Skala Tingkah Laku Delinkuen Remaja. Kajian ini melibatkan 144
orang remaja warganegara Malaysia yang berumur 13 hingga 16 tahun. Dapatan kajian mendapati perapatan kepada
komuniti tidak mempunyai hubungan dengan kesukaran meregulasi emosi (r = 0.069, p = 0.409) dan tingkah laku
delinkuen remaja (r = -0.068, p = 0.417). Namun, kesukaran meregulasi emosi mempunyai hubungan positif yang
signifikan dengan tingkah laku delinkuen (r = 0.200, p = 0.019). Walau bagaimanapun, perapatan kepada komuniti
tidak dapat menjadi perantara antara kesukaran meregulasi emosi dan tingkah laku delinkuen (F (7, 136) = 1.48,
p= .179). Kajian ini diharap dapat memberi input dalam memahami masalah delinkuen yang berlaku di Malaysia
terutamanya dalam konteks perapatan komuniti dan regulasi emosi. |
|---|