Daya tahan komuniti menghadapi banjir 2014: kajian kes di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan

Banjir merupakan suatu bencana alam yang memberi impak negatif kepada rakyat di Malaysia. Peristiwa banjir‘Bah Kuning’ yang berlaku di Kelantan pada tahun 2014 tercatat sebagai bencana yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia. Namun, aspek daya tahan dalam kalangan mangsa banjir kurang dititikbera...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norsyuhada Anua, Mou, Leong Tan, Ngai, Weng Chan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16445/
http://journalarticle.ukm.my/16445/1/45027-149833-1-PB.pdf
Description
Summary:Banjir merupakan suatu bencana alam yang memberi impak negatif kepada rakyat di Malaysia. Peristiwa banjir‘Bah Kuning’ yang berlaku di Kelantan pada tahun 2014 tercatat sebagai bencana yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia. Namun, aspek daya tahan dalam kalangan mangsa banjir kurang dititikberatkan di kajian lepas. Kajian ini mengkaji daya tahan komuniti di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan menghadapi banjir 2014. Kajian ini telah dijalankan pada Januari sehingga Mei 2018. Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik telah dilakukan bersama ketua isi rumah. Sampel kajian adalah sebanyak 384 orang terdiri daripada ketua isi rumah yang menjadi mangsa banjir 2014. Kajian ini menggunakan kaedah bertujuan dan analisis deskriptif serta Indeks Kepentingan Relatif (RII). Komponen sosial dan ekonomi telah digunakan untuk mengukur tahap daya tahan penduduk. Analisis RII menunjukkan bahawa daya tahan komuniti bagi penduduk Kampung Manek Urai Lama berada pada tahap sederhana. Hasil kajian menunjukkan daya tahan sosial dalam kalangan responden adalah lebih tinggi berbanding daya tahan ekonomi. Komuniti tidak dapat mempunyai daya untuk mengurangkan kejadian banjir tetapi mampu mengurangkan impaknya dengan strategi dan ilmu pengurusan bencana. Penyelidikan ini boleh digunakan sebagai rujukan kepada kerajaan tempatan bagi merancang strategi untuk meningkatkan daya tahan komuniti negeri Kelantan bagi menghadapi banjir besar pada masa hadapan.