Struktur dramatik Tangan-Tangan Yang Tinggal oleh Siti Jasmina Ibrahim
Tangan-Tangan Yang Tinggal karya Siti Jasmina Ibrahim telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan, apakah aspek dramatik skrip Tangan - Tangan Yang Tinggal yang melayakkannya terpilih sebagai pemenang sayembar...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16380/ http://journalarticle.ukm.my/16380/1/260-Article%20Text-366-1-10-20200426.pdf |
| Summary: | Tangan-Tangan Yang Tinggal karya Siti Jasmina Ibrahim telah dinobatkan sebagai
pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
menjawab persoalan, apakah aspek dramatik skrip Tangan - Tangan Yang Tinggal yang
melayakkannya terpilih sebagai pemenang sayembara ini? Penelitian ini mengaplikasi lima
daripada enam elemen Aristotle iaitu watak, plot, tema, bahasa, dan kekaguman untuk
menjawab persoalan kajian. Data artikel ini diperolehi daripada kaji jenis fundamental
dengan reka bentuk kajian kualitatif. Dapatan kajian ini adalah, plot drama Tangan-Tangan
Yang Tinggal berbentuk linear. Drama ini mengangkat tema Islamik dengan mesej iman dan
ibadah yang betul dalam Islam bukan sesuatu yang boleh diwarisi secara automatik. Skrip
drama Tangan-Tangan Yang Tinggal ini juga menggunakan bahasa Melayu, Arab dan
simbolik seperti simile, personifikasi, bahasa melankolik serta bahasa tidak formal.
Sementara itu, elemen kekaguman pula terdapat set dan prop, kostum, kesan khas dan
pencahayaan. Format struktur dramatik ini dapat dijadikan garis panduan bagi penulisan
drama yang berstandard tinggi. |
|---|