Penderaan kanak-kanak di taska: cabaran pekerja sosial

Penderaan kanak-kanak oleh pengasuh taska semakin meningkat dimana sebanyak 581 kes dilaporkan antara tahun 2015 hingga 2017. Sebaliknya, jumlah kes penderaan kanak-kanak umum berlaku dalam masyarakat bagi tempoh yang sama ialah sebanyak 22,136 kes (JKM 2018). Peningkatan kes penderaan kanak-k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nanthini Ramalingam, Khadijah Alavi
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16379/
http://journalarticle.ukm.my/16379/1/259-Article%20Text-364-1-10-20200426.pdf
Description
Summary:Penderaan kanak-kanak oleh pengasuh taska semakin meningkat dimana sebanyak 581 kes dilaporkan antara tahun 2015 hingga 2017. Sebaliknya, jumlah kes penderaan kanak-kanak umum berlaku dalam masyarakat bagi tempoh yang sama ialah sebanyak 22,136 kes (JKM 2018). Peningkatan kes penderaan kanak-kanak sehingga kematian kanak-kanak amat membimbangkan keluarga dan masyarakat. Kertas kerja ini akan membahaskan tentang cabaran pekerja sosial dalam melindungi penderaan kanak-kanak di taska. Kajian lepas amat kurang mengkaji isu penderaan kanak-kanak di taska. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 10 orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah taska sekitar Bandar Baru Bangi. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama memulihkan ibu bapa yang menghadapi trauma kematian anak akibat penderaan tersebut. Kedua reaksi emosional kanak-kanak yang mengalami penderaan seperti terkejut, percaya tidak percaya pengalaman penderaan yang dilalui dan pelbagai komplikasi kesihatan mental dan fizikal. Ketiga, pekerja sosial juga menghadapi burn-out dalam mengharungi kes penderaan kanak�kanak. Implikasi kajian ini mencadangkan program kaunseling individu dan kelompok kepada pekerja sosial dan kaedah mengendalikan konflik semasa intervensi tersebut.