Perkembangan perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan, 1910-1929
Kertas kerja ini meneliti aktiviti perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan sewaktu pentadbiran Inggeris. Negeri Sembilan merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu yang mempunyai banyak hasil galian. Kawasan yang paling banyak menghasilkan bijih timah adalah di Sungai Ujong yang meliput...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16378/ http://journalarticle.ukm.my/16378/1/258-Article%20Text-362-1-10-20200426.pdf |
| Summary: | Kertas kerja ini meneliti aktiviti perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan sewaktu
pentadbiran Inggeris. Negeri Sembilan merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu
yang mempunyai banyak hasil galian. Kawasan yang paling banyak menghasilkan bijih
timah adalah di Sungai Ujong yang meliputi Rasah, Rahang, Lenggeng, Ampangan, Mambau
dan beberapa tempat lain. Kehadiran pihak Inggeris di Negeri Sembilan telah memberikan
kesempatan kepada mereka untuk mengeksploitasi sumber galian (bijih timah) yang sebelum
ini aktiviti tersebut diusahakan oleh penduduk tempatan secara tradisional. Bagi
memaksimumkan keuntungan, pihak Inggeris telah membawa masuk buruh-buruh Cina
secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan-kawasan perlombongan. Kertas kerja ini
bertujuan untuk meneliti perkembangan perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan untuk
tempoh masa dua dekad (1910-1929). Bagi memperolehi maklumat yang sesuai, kajian ini
telah menggunakan kaedah content analysis iaitu dengan mengekstrak data yang diperolehi
daripada sumber-sumber primer yang terdapat di Arkib Negara Malaysia khususnya
Laporan-laporan Tahunan, dokumen dan fail-fail yang diperolehi sewaktu di bawah
pentadbiran pihak Inggeris. Data ini turut disokong oleh sumber-sumber sekunder seperti
buku, artikel dan lain-lain. Hasil kajian mendapati kemasukan imigran dalam jumlah yang
besar ke Negeri Sembilan telah memberi kesan ke atas sosioekonomi negeri ini dan
mewujudkan masyarakat majmuk yang boleh dilihat sehingga kini. Pembangunan dan
perkembangan sebahagian besar bandar-bandar di Negeri Sembilan juga disebabkan oleh
kegiatan aktif dalam sektor perlombongan bijih timah yang berlaku sebelum ini. Pihak
Inggeris juga berperanan di dalam meningkatkan infrastruktur bagi memudahkan aktiviti
perlombongan bijih timah yang kebanyakannya dilaksanakan di kawasan pedalaman. Secara
tidak langsung ia telah membantu memperbaiki sistem perhubungan darat yang ada di
Negeri Sembilan dan sebahagian besar masih digunakan sehingga kini. |
|---|