Kesan kemurungan penjaga kepada pesakit kanser dan strategi daya tindak

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk melihat kesan kemurungan terhadap penjaga pesakit kanser dan strategi daya tindak mereka. Pemilihan responden dibuat secara pensampelan bertujuan dengan menggunakan teknik pensampelan berkriteria. Kriteria kelayakan menjadi responden kajian ini i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Aiman Nordin, Nur Saadah Mohamad Aun
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16371/
http://journalarticle.ukm.my/16371/1/249-Article%20Text-349-1-10-20200425.pdf
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk melihat kesan kemurungan terhadap penjaga pesakit kanser dan strategi daya tindak mereka. Pemilihan responden dibuat secara pensampelan bertujuan dengan menggunakan teknik pensampelan berkriteria. Kriteria kelayakan menjadi responden kajian ini ialah individu itu merupakan penjaga utama anggota keluarga yang menghidapi kanser di rumah. Justeru, kajian ini hanya melibatkan lima kes sahaja. Pengkaji mengadakan pertemuan bagi setiap responden. Tempoh setiap sesi temu bual adalah berdurasi 45 minit hingga 1 jam. Bagi setiap pertemuan yang dijalankan, transkripsi verbatim dilakukan dalam tempoh 24 jam. Proses pengumpulan data berakhir apabila temu bual mencapai tahap tepu. Pengkaji mendapati penjaga yang menggunakan strategi daya tindak yang positif dapat mengurangkan kesan kemurungan mereka. Kajian ini diharap dapat dijadikan rujukan buat badan berkaitan untuk merangka program yang menyokong penjaga pesakit kanser.