Kelestarian politik Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang, Dungun, Terengganu
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen di bawah pertadbiran Raja Berperlembagaan. Politik merupakan elemen yang penting dalam sesebuah negara. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, tetapi kepimpinan diterajui oleh orang Mel...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16368/ http://journalarticle.ukm.my/16368/1/371-Article%20Text-549-1-10-20210213.pdf |
| Summary: | Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen di bawah
pertadbiran Raja Berperlembagaan. Politik merupakan elemen yang penting dalam sesebuah negara.
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, tetapi kepimpinan diterajui
oleh orang Melayu. Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis kelestarian politik
Melayu di kawasan DUN Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Kaedah kuantitatif yang digunakan
dalam kajian ini ialah soal selidik melibatkan 100 responden di DUN Rantau Abang manakala kaedah
kualitatif pula melibatkan temu bual terhadap tiga orang informan termasuk daripada pemimpin
setempat dan ahli politik. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan program statistik SPSS.
Hasil kajian mendapati responden memberi pandangan yang baik terhadap kelestarian politik Melayu di
kawasan kajian melalui pengetahuan, persepsi dan pemahaman serta kebaikan politik Melayu terhadap
kesejahteraan rakyat dan negara. Kajian ini telah menghasilkan kesedaran bahawa politik Melayu yang
ada harus dipertahankan agar keharmonian negara dapat dikecapi oleh semua pihak termasuk kaum
bukan Melayu. Pengukuhan politik Melayu penting kerana orang Melayu mampu bertolerasi dengan
kaum lain, kerana bagi mereka pengukuhan dan semangat bersatu padu dalam landskap politik Melayu
akan melimpahkan nikmat kepada keseluruhan kaum lain tanpa mengira bangsa atau agama. |
|---|