Perspektif wanita terhadap poligami dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau
Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan perspektif watak-watak wanita tentang poligami dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Karya skrip ini telah dihasilkan oleh penerima anugerah S.E.A (2008) iaitu Hatta Azad Khan pada tahun 2015. Poligami yang menjadi aspek utama dalam karya in...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16363/ http://journalarticle.ukm.my/16363/1/356-Article%20Text-524-1-10-20210211.pdf |
| Summary: | Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan perspektif watak-watak wanita tentang poligami
dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Karya skrip ini telah dihasilkan oleh penerima
anugerah S.E.A (2008) iaitu Hatta Azad Khan pada tahun 2015. Poligami yang menjadi aspek utama
dalam karya ini dan ia diperbincangkan dari perspektif pelbagai wanita yang berkedudukan status
sosial yang juga pelbagai dalam masyarakat Melayu. Kajian ini meneliti perspektif wanita yang
pelbagai kedudukan sosial apabila berhadapan dengan isu poligami. Pengarang juga telah berjaya
menjelaskan gambaran penerimaan dan penolakan poligami oleh watak-watak wanita dalam skrip
tersebut. Metodologi kajian terhadap skrip monodrama ini berbentuk kualitatif. Pendekatan yang
digunakan bagi menganalisis karya ini ialah pendekatan gender yang berkait dengan teori psikologi
dan sosiologi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa konsep dalam teori psikologi dan
pengaruh sosial dalam teori sosiologi ditemui dalam skrip ini. Konsep Id dan Superego dalam teori
psikologi telah merungkai perspektif Syarifah Edora, Cik Sepia, Alia Najwa, isteri-isteri abang Bakri
dan Badri, Norma dan Rugayah. Pengaruh persekitaran yang dibawa daripada teori sosiologi turut
memainkan peranan kerana watak Rugayah, Rozita serta isteri-isteri rakan Ahmad Bakti dan Badri
memberikan perspektifnya kerana pengaruh masyarakat sekeliling. |
|---|