Komunikasi lisan dialek Melayu Jugra
Makalah ini membicarakan salah satu varian Dialek Melayu Jugra (DMJ) yang terdapat di Jugra iaitu Varian Kelanang (VKLNG) dan Bandar (VBDR). Dialek ini dikatakan sebagai dialek yang hampir pupus. Oleh itu, kajian ini secara umumnya ingin mengumpul data yang semakin hilang penggunaanya. Data ya...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16334/ http://journalarticle.ukm.my/16334/1/44403-142673-1-SM.pdf |
| Summary: | Makalah ini membicarakan salah satu varian Dialek Melayu Jugra (DMJ) yang terdapat di Jugra
iaitu Varian Kelanang (VKLNG) dan Bandar (VBDR). Dialek ini dikatakan sebagai dialek yang
hampir pupus. Oleh itu, kajian ini secara umumnya ingin mengumpul data yang semakin hilang
penggunaanya. Data yang dapat dikumpulkan ini dicerakinkan semula aspek-aspek fonologi yang
masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DMJ terutamanya dalam
menentukan jumlah inventori fonem dan penentuan varian dalam DMJ. Justeru, kajian dalam
makalah ini akan menyentuh Varian Kelanang dan Bandar yang dikenalpasti varian yang terdapat
dalam DMJ. Kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara
mendeskripsikan sistem fonologi VKLNG dan VBDR dengan memaparkan penyebaran bunyi
vokal, diftong dan melihat keberadaan alternasi. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai
objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VKLNG
mempunyai 8 fonem vokal /i, u, e, o, , , , a/ dan memiliki 2 diftong iaitu /-aw, -aj/ dan VBDR
mempunyai 6 fonem vokal /i, u, e, o, , a/ serta memiliki 2 diftong iaitu /-aw, -aj/ yang digunakan
dalam ucapan seharian mereka. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat merungkai segala
permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian yang lepas dan dapat memelihara jati diri warisan
bangsa Melayu Jugra melalui bahasa. |
|---|