Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar pondok Bantan Thailand
Kebanyakan daripada pelajar Thailand berasal daripada bangsa Melayu, tetapi mereka sering menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa komunikasi seharian dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Oleh itu, kajian ini akan meneliti secara empirikal berkaitan tahap penguasaan, sikap dan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16330/ http://journalarticle.ukm.my/16330/1/44399-142664-1-SM.pdf |
| Summary: | Kebanyakan daripada pelajar Thailand berasal daripada bangsa Melayu, tetapi mereka sering menggunakan
bahasa Thai sebagai bahasa komunikasi seharian dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
mereka. Oleh itu, kajian ini akan meneliti secara empirikal berkaitan tahap penguasaan, sikap dan motivasi
bahasa Melayu pelajar Pondok Bantan sebagai bahasa kedua. Seramai 10 orang pelajar tingkatan enam di
sekolah Pondok Bantan, Thailand dijadikan subjek kajian. Mereka terdiri daripada pelajar yang
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Pendekatan analisis kesalahan bahasa oleh Corder
digunakan untuk menjelaskan data berkaitan tahap penguasaan pelajar yang diperoleh melalui kaedah ujian
karangan. Data kajian juga diperoleh dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian turut serta.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa Melayu terhadap pelajar masih berada pada
tahap yang lemah. Pelajar didapati banyak melakukan kesalahan morfologi, sintaksis dan kesalahan
ortografi dalam sampel karangan yang dilakukan. Kajian ini penting dan dapat dimanfaatkan oleh semua
pihak sama ada pihak guru, ibu bapa pelajar mahupun pengkaji untuk menambah baik tahap penguasaan
bahasa Melayu pelajar Thai. |
|---|