Frasa adverba dalam Tuhfat Al Nafis
Kajian tentang frasa adverba sering menjadi tumpuan ahli-ahli linguistik di Malaysia. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengahnya beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak mempunyai struktur adverba. Sesetengah yang lain pula beranggapan bahawa adverba wujud dalam bahasa Melayu tetapi dalam be...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16326/ http://journalarticle.ukm.my/16326/1/44395-142652-1-SM.pdf |
| Summary: | Kajian tentang frasa adverba sering menjadi tumpuan ahli-ahli linguistik di Malaysia. Hal ini
demikian kerana terdapat sesetengahnya beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak mempunyai
struktur adverba. Sesetengah yang lain pula beranggapan bahawa adverba wujud dalam bahasa
Melayu tetapi dalam bentuk yang sangat terhad, dan yang lain pula bersetuju bahawa bahasa
Melayu, seperti juga bahasa-bahasa lain, juga mempunyai struktur adverba. Kajian ini
membincangkan kedudukan adverba dalam bahasa Melayu berdasarkan kitab Tuhfat Al Nafis.
Dalam hal ini, adverba dibincangkan daripada segi ciri-cirinya dan strukturnya menggunakan data
bahasa Melayu lama. Data dianalisis dengan menggunakan pendekatan struktural. Penggunaan
teks lama dalam kajian linguistik masih tidak banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji bahasa,
sama ada tempatan mahu pun antarabangsa. Dengan adanya kajian sebegini, diharap dapat
menjelaskan hubungan bahasa Melayu abad ke-19 dengan bahasa Melayu yang digunakan pada
hari ini. Dapatan kajian ini, telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah lama memanfaatkan
penggunaan pelbagai frasa adverba. Ini secara tidak langsung menafikan pendapat yang
mengatakan bahasa Melayu tidak mempunyai adverba, atau hanya terhad kepada bentuk kata
adverba sahaja. |
|---|