Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Kajian kebolehpasaran graduan adalah penting untuk menentukan sama ada program pengajian yang ditawarkan dapat menyediakan graduan yang kompetitif dalam pasaran kerja sebagai salah satu penandaaras keberkesanan. Kajian tinjauan ini menentukan kesan komponen ijazah, pengalaman bekerja, kemahiran gene...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Ain Darol Baha, Mustazar Mansur, Mohd Adib Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16317/
http://journalarticle.ukm.my/16317/1/32094-143514-1-PB.pdf
_version_ 1848814022210617344
author Nur Ain Darol Baha,
Mustazar Mansur,
Mohd Adib Ismail,
author_facet Nur Ain Darol Baha,
Mustazar Mansur,
Mohd Adib Ismail,
author_sort Nur Ain Darol Baha,
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Kajian kebolehpasaran graduan adalah penting untuk menentukan sama ada program pengajian yang ditawarkan dapat menyediakan graduan yang kompetitif dalam pasaran kerja sebagai salah satu penandaaras keberkesanan. Kajian tinjauan ini menentukan kesan komponen ijazah, pengalaman bekerja, kemahiran generik serta pengurusan emosi terhadap pembelajaran pembangunan kerjaya yang mencerminkan tahap kebolehpasaran dalam kalangan 212 graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen, dan data dianalisis menggunakan Analisis Pemodelan Persamaan Struktur Kuasa Dua Separa Terkecil (PLS-SEM). Didapati bahawa komponen ijazah, kemahiran generik dan pengurusan emosi mempengaruhi potensi kebolehpasaran peserta kajian secara signifikan, manakala komponen pengalaman bekerja mempengaruhi potensi kebolehpasaran peserta kajian secara tidak signifikan. Ini menunjukkan bahawa peserta kajian disediakan dengan pengetahuan akademik, kemahiran insaniah dan pengurusan emosi yang cukup, tetapi kurang dibekalkan dengan pengalaman bekerja untuk memasuki alam pekerjaan. Implikasinya, Kementerian Pendidikan Tinggi, institusi pengajian dan industri perlu bekerjasama dalam menangani masalah kekurangan pengalaman bekerja dalam kalangan graduan dengan menyediakan beberapa program wajib serta latihan industri yang lebih komprehensif yang dapat mendedahkan pelajar dengan kerjaya mereka sebagai langkah untuk meminimumkan masalah pengangguran dalam kalangan graduan di Malaysia.
first_indexed 2025-11-15T00:27:28Z
format Article
id oai:generic.eprints.org:16317
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T00:27:28Z
publishDate 2020
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling oai:generic.eprints.org:163172021-03-19T01:04:30Z http://journalarticle.ukm.my/16317/ Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Nur Ain Darol Baha, Mustazar Mansur, Mohd Adib Ismail, Kajian kebolehpasaran graduan adalah penting untuk menentukan sama ada program pengajian yang ditawarkan dapat menyediakan graduan yang kompetitif dalam pasaran kerja sebagai salah satu penandaaras keberkesanan. Kajian tinjauan ini menentukan kesan komponen ijazah, pengalaman bekerja, kemahiran generik serta pengurusan emosi terhadap pembelajaran pembangunan kerjaya yang mencerminkan tahap kebolehpasaran dalam kalangan 212 graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen, dan data dianalisis menggunakan Analisis Pemodelan Persamaan Struktur Kuasa Dua Separa Terkecil (PLS-SEM). Didapati bahawa komponen ijazah, kemahiran generik dan pengurusan emosi mempengaruhi potensi kebolehpasaran peserta kajian secara signifikan, manakala komponen pengalaman bekerja mempengaruhi potensi kebolehpasaran peserta kajian secara tidak signifikan. Ini menunjukkan bahawa peserta kajian disediakan dengan pengetahuan akademik, kemahiran insaniah dan pengurusan emosi yang cukup, tetapi kurang dibekalkan dengan pengalaman bekerja untuk memasuki alam pekerjaan. Implikasinya, Kementerian Pendidikan Tinggi, institusi pengajian dan industri perlu bekerjasama dalam menangani masalah kekurangan pengalaman bekerja dalam kalangan graduan dengan menyediakan beberapa program wajib serta latihan industri yang lebih komprehensif yang dapat mendedahkan pelajar dengan kerjaya mereka sebagai langkah untuk meminimumkan masalah pengangguran dalam kalangan graduan di Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/16317/1/32094-143514-1-PB.pdf Nur Ain Darol Baha, and Mustazar Mansur, and Mohd Adib Ismail, (2020) Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (2). pp. 13-23. ISSN 0126-6020 / 2180-0782 https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1348
spellingShingle Nur Ain Darol Baha,
Mustazar Mansur,
Mohd Adib Ismail,
Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
title Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
title_full Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
title_fullStr Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
title_full_unstemmed Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
title_short Potensi kebolehpasaran bakal graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
title_sort potensi kebolehpasaran bakal graduan fakulti ekonomi dan pengurusan
url http://journalarticle.ukm.my/16317/
http://journalarticle.ukm.my/16317/
http://journalarticle.ukm.my/16317/1/32094-143514-1-PB.pdf