Komuniti sebagai agen kawalan sosial tidak formal dalam menangani masalah sosial
Membasmi masalah sosial dalam kalangan masyarakat tidak hanya menjadi tanggungjawab pihak kerajaan melalui agensi penguatkuasaan semata-mata. Pihak komuniti itu sendiri mempunyai peranan sosial tersendiri bagi memastikan kawasan komuniti yang mereka diami bersih daripada sebarang masalah sosia...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16300/ http://journalarticle.ukm.my/16300/1/40890-130664-1-SM.pdf |
| Summary: | Membasmi masalah sosial dalam kalangan masyarakat tidak hanya menjadi tanggungjawab
pihak kerajaan melalui agensi penguatkuasaan semata-mata. Pihak komuniti itu sendiri
mempunyai peranan sosial tersendiri bagi memastikan kawasan komuniti yang mereka diami
bersih daripada sebarang masalah sosial. Justeru itu, artikel ini akan memfokuskan kepada
tanggungjawab komuniti sebagai salah satu agen kawalan sosial tidak formal dalam
menangani masalah sosial. Kaedah temu bual secara mendalam dan pemerhatian tidak ikut
serta merupakan kaedah pengumpulan data utama kajian. Seramai tujuh orang informan telah
ditemubual daripada pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kawalan sosial
tidak formal ini. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa jenis aktiviti kawalan sosial tidak
formal yang terdapat di kawasan ini antaranya ialah program gotong-royong, program
kolaborasi, aktiviti keagamaan, Skim Rondaan Sukarela (SRS), amalan cakna kejiranan
aktiviti sukan dan kebudayaan. Dapatan utama menunjukkan program gotong-royong
merupakan aktiviti kawalan sosial tidak formal yang menjadi tumpuan komuniti. Aktiviti
tersebut mampu membantu pencegahan awal diperingkat remaja kerana melatih diri mereka
sentiasa bersama dengan komuniti. Kesimpulannya, pencegahan masalah sosial yang bersifat
bottom up iaitu secara langsung daripada pihak komuniti sendiri tidaklah menunjukkan impak
yang tinggi tetapi ini merupakan satu inisiatif bagi mencegah masalah daripada peringkat
inside (komuniti) dan tidak terlalu bergantung kepada kawalan sosial formal semata-mata.
Berkemungkinan jika pihak komuniti diberikan sedikit kuasa oleh pihak bertanggungjawab
maka penduduk setempat akan mula memandang komuniti sebagai agen kawalan sosial yang
berkuasa. Hal ini kerana, realitinya kedudukan dan kuasa merupakan satu alat yang penting
dalam mengawal kelakuan anggota masyarakat. |
|---|