Penilaian kualiti air bawah tanah berdasarkan indeks kualiti air di Pulau Kapas, Terengganu
Sumber air bersih sangat terhad bagi penduduk yang tinggal di kawasan pulau terutamanya sumber air tawar. Salah satu sumber air tawar utama yang diperoleh adalah daripada air bawah tanah. Tujuan kajian untuk mengkaji tahap kualiti air bawah tanah yang terdapat di Pulau Kapas, Terengganu bagi k...
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16296/ http://journalarticle.ukm.my/16296/1/40818-130379-1-SM.pdf |
| Summary: | Sumber air bersih sangat terhad bagi penduduk yang tinggal di kawasan pulau terutamanya
sumber air tawar. Salah satu sumber air tawar utama yang diperoleh adalah daripada air
bawah tanah. Tujuan kajian untuk mengkaji tahap kualiti air bawah tanah yang terdapat di
Pulau Kapas, Terengganu bagi kegunaan domestik oleh penduduk dan pelancong. Pencerapan
telah dilakukan mengikut perubahan angin monsun iaitu Monsun Barat Daya (Ogos),
peralihan monsun (Oktober) dan Monsun Timur Laut (November) pada tahun 2018 di empat
lokasi yang berbeza. Kajian kualiti air bawah tanah ini melibatkan pengukuran enam
parameter yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia iaitu oksigen terlarut, pH,
permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, jumlah pepejal terampai dan
ammonia nitrogen dalam menentukan indeks kualiti air bagi Malaysia. Dapatan kajian
menunjukkan kebanyakan parameter kualiti air berada pada Kelas I dan II. Namun, jika
dinilai secara keseluruhannya, status kualiti air bawah tanah di Pulau Kapas berada pada
Kelas II dan III dengan status sedikit tercemar. Dengan pengkelasan yang diperoleh, air
bawah tanah di Pulau Kapas ini memerlukan rawatan konvensional dan intensif kerana tidak
sesuai untuk dijadikan air minumam secara terus tetapi boleh digunakan untuk tujuan lain
seperti mandi dan membasuh. Implikasi kajian menunjukkan analisis kualiti air bawah tanah
di Pulau Kapas dapat menyedarkan penduduk tempatan dan pelancong tentang status semasa
kualiti air bawah yang mereka gunakan untuk keperluan seharian. |
|---|