Interaksi sosial terhadap ahli bidaah menurut Kitab Sabil a-Muhtadin
Kitab Sabil al-Muhtadin karya Arsyad al-Banjari memiliki banyak keistimewaan. Selain berjasa menaiktarafkan tatacara peribadatan orang Melayu, pemikirannya juga berjasa membentuk tatacara interaksi sosial yang ideal kepada mereka. Maka kajian ini cuba menelusuri salah satu dari aspek interaksi sos...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16259/ http://journalarticle.ukm.my/16259/1/125-254-1-SM.pdf |
| Summary: | Kitab Sabil al-Muhtadin karya Arsyad al-Banjari memiliki banyak keistimewaan. Selain berjasa
menaiktarafkan tatacara peribadatan orang Melayu, pemikirannya juga berjasa membentuk tatacara interaksi
sosial yang ideal kepada mereka. Maka kajian ini cuba menelusuri salah satu dari aspek interaksi sosial darinya
dengan menumpu kepada ahli bidaah. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti bentuk-bentuk interaksi sosial
terhadap ahli bidaah dan untuk menganalisis nilai-nilai kemasyarakatan di dalamnya. Kajian ini adalah kajian
kualitatif. Kaedah perpustakaan digunakan sepenuhnya. Teknik pembacaan rapi dilakukan ke atas teks Sabil
al-Muhtadin bagi mendapatkan data yang mengandungi dasar interaksi sosial terhadap ahli bidaah. Data
dianalisis menggunakan konsep interaksi sosial dalam Islam yang luas. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
kira-kira lapan bentuk interaksi sosial terhadap ahli bidaah seperti tidak berimamkan kepada ahli bidaah dalam
solat jamaah, tidak menziarahi pesakit atau jenazah dari kalangan ahli bidaah, tidak menceritakan petanda baik
yang terlihat pada jenazah ahli bidaah, tidak membenarkan ahli bidaah memandikan jenazah orang Islam,
menyelamatkan kubur dari amalan ahli bidaah, menyelamatkan jenazah dari dihina oleh ahli bidaah, tidak
memenuhi jemputan ahli bidaah dan tidak melaksanakan wasiat ahli bidaah. Hasil kajian menjelaskan kesan
dari semua interaksi sosial tersebut meluputkan beberapa hak sosial dari ahli bidaah seperti hak imamah dalam
solat jamaah, hak muslim ke atas muslim lain, hak menjaga kerahsiaan muslim, hak kebaktian sosial, hak
kebebasan bertindak mengamalkan kepercayaan diri, hak kesetiaan waris terhadap wasiatnya dan hak
dihormati wasiatnya. Implikasi kajian ini terserlah pada keberadaan konsep interaksi sosial Islam yang ideal
dalam tatasusila berinteraksi masyarakat Melayu khasnya terhadap ahli bidaah. |
|---|