Sumbangan sistem kewangan Islam ke arah pemerkasaan mahkamah Syariah di Malaysia
Sistem kewangan Islam di Malaysia telah mendapat kepercayaan masyarakat sekarang dengan melihat kepada kewujudan pelbagai produk kewangan Islam yang berada di pasaran. Produk-produk kewangan Islam yang berada di pasaran telah mendapat sambutan daripada para pelanggan, sebagai contoh, pelanggan per...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16249/ http://journalarticle.ukm.my/16249/1/SUMBANGAN%20SISTEM%20KEWANGAN%20ISLAM%20KE%20ARAH%20PEMERKASAAN%20MAHKAMAH%20SYARIAH%20DI%20MALAYSIA.pdf |
| Summary: | Sistem kewangan Islam di Malaysia telah mendapat kepercayaan masyarakat sekarang dengan melihat kepada
kewujudan pelbagai produk kewangan Islam yang berada di pasaran. Produk-produk kewangan Islam yang berada di
pasaran telah mendapat sambutan daripada para pelanggan, sebagai contoh, pelanggan perbankan di Malaysia lebih
menunjukkan kecenderungan ke arah menggunakan sistem perbankan Islam yang ditawarkan oleh bank-bank di
Malaysia. Memandangkan perbankan Islam berasaskan kontrak Syariah, sewajarnya kes berkaitan perbankan Islam
dikendalikan di mahkamah Syariah. Malaysia mengamalkan dwi sistem iaitu sivil dan syariah. Walau
bagaimanapun, kewangan Islam menerima pendekatan yang ekslusif kerana ia menggabungkan kontrak Islam dan
undang-undang prosedur sivil. Oleh itu, kes didengari di Mahkamah Sivil. Penulisan ini bertujuan untuk meninjau
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Mahkamah Sivil dalam mengendalikan kes kewangan Islam dan kewajaran
mengembalikan kes perbankan Islam kepada mahkamah Syariah sebagai forum keadilan. Penulisan ini adalah kajian
doktrinal perundangan tulen dan menggunakan sumber primer dan sekunder dalam penjelasan maklumat. Analisa
dokumen dan perbandingan diterima pakai dalam menganalisa isu yang diberikan. Penulisan ini mendapati terdapat
kelemahan dalam pengendalian kes di mahkamah sivil seperti hakim dan peguam yang tidak kompeten. Artikel ini
mencadangkan supaya kes perbankan Islam dikembalikan kepada Mahkamah Syariah sebagai forum keadilan
kepada semua pihak. |
|---|