Kesan rihlah ilmu Burhanuddin Helmi terhadap masyarakat Tanah Melayu

Burhanuddin Helmi merupakan ikon pejuang nasionalisme Tanah Melayu pada awal tahun 1930 sehingga akhir tahun 1960. Beliau mengemukakan sebuah idealisme kepada Tanah Melayu berdasarkan pengalaman rihlah atau pengembaraan beliau ketika menuntut ilmu bermula pendidikan rendah hingga pendidikan penga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Suhailah Abd Rahim, Izziah Suryani Md Resad @ Arshad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16240/
http://journalarticle.ukm.my/16240/1/45164-145536-1-SM.pdf
Description
Summary:Burhanuddin Helmi merupakan ikon pejuang nasionalisme Tanah Melayu pada awal tahun 1930 sehingga akhir tahun 1960. Beliau mengemukakan sebuah idealisme kepada Tanah Melayu berdasarkan pengalaman rihlah atau pengembaraan beliau ketika menuntut ilmu bermula pendidikan rendah hingga pendidikan pengajian tinggi. Objektif kajian ini untuk melihat sejauh mana kesan rihlah ilmu beliau memberi manfaat kepada masyarakat khususnya dari segi pengintelektualan masyarakat Tanah Melayu. Hasil rihlah tersebut, beliau dipengaruhi idealisme seperti Ikhwanul Muslimin yang berjuang menyatukan ummah daripada tawanan penjajah. Malah, beliau juga mempunyai kesedaran untuk membentuk keintelektualan di Tanah Melayu, bermula dari dasar kenegaraan. Seperti mana yang ditegaskan baginda Rasulullah SAW iaitu “Hubbul Watan Minal Iman” atau cinta dan kasih kepada negara adalah sebahagian daripada tuntutan Iman. Secara tidak langsung, ia menjadi tanggungjawab Burhanuddin Helmi untuk menyebarkan pengaruh rihlah ilmunya demi kebaikan kepada negara, agama dan masyarakat.