Pendidikan akhlak menerusi amalan kerohanian dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)
Pendidikan akhlak merupakan pendidikan yang amat penting dalam kehidupan. Pendidikan dan pembinaan akhlak yang baik di kalangan anak-anak semakin diperlukan terutamanya pada zaman moden ini yang sering dihadapkan dengan masalah moral dan akhlak yang cukup serius. Maka, pendidikan akhlak ini boleh...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16234/ http://journalarticle.ukm.my/16234/1/44877-144392-1-SM.pdf |
| Summary: | Pendidikan akhlak merupakan pendidikan yang amat penting dalam kehidupan. Pendidikan dan
pembinaan akhlak yang baik di kalangan anak-anak semakin diperlukan terutamanya pada zaman
moden ini yang sering dihadapkan dengan masalah moral dan akhlak yang cukup serius. Maka,
pendidikan akhlak ini boleh di dapati melalui pelbagai cara antaranya pendidikan melalui seni bela
diri. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri
dan ia mampu membentuk akhlak yang mulia. Justeru, objektif kajian ini adalah menganalisis
amalan kerohanian yang dapat mendidik serta membentuk akhlak mulia yang terdapat di dalam
PSSCM. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang berlandaskan kepada analisis
kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)
mempunyai amalan kerohanian yang bertujuan mendidik akhlak yang mulia serta amalan ini tidak
bercanggah dengan landasan syariat Islam. Maka, PSSCM bukan hanya melahirkan insan yang
mampu menjaga diri bahkan melahirkan insan yang mempunyai peribadi yang unggul serta
berakhlak mulia. |
|---|