Mendedahkan kedangkalan Islamofobia: peranan Daniel Pipes dalam representasi imej Muslim
Islamofobia dalam erti kata ketakutan dan kebencian yang keterlaluan terhadap Islam dan Muslim bukanlah satu perkara baharu. Fenomena ini telah wujud dalam tempoh 100 tahun sejak kemunculan tamadun Islam di Semenanjung Tanah Arab lagi. Islamofobia berasal daripada perkataan Perancis Islamophobie,...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16233/ http://journalarticle.ukm.my/16233/1/44868-144372-1-SM.pdf |
| Summary: | Islamofobia dalam erti kata ketakutan dan kebencian yang keterlaluan terhadap Islam dan Muslim
bukanlah satu perkara baharu. Fenomena ini telah wujud dalam tempoh 100 tahun sejak
kemunculan tamadun Islam di Semenanjung Tanah Arab lagi. Islamofobia berasal daripada
perkataan Perancis Islamophobie, yang pertama kali diguna pakai pada tahun 1918 oleh Sliman
ben Ibrahim. Dalam konteks Bahasa Inggeris pula, istilah ini telah diperkenalkan oleh Edward Said
pada tahun 1985. Islamofobia seperti yang kita fahami pada hari ini ialah sebuah fenomena moden
yang berlaku di Barat sejak munculnya Revolusi Islam di Iran pada tahun 1979. Situasi ini menjadi
bertambah hebat setelah meletusnya peristiwa 11 September 2001 (9/11). Ekoran daripada
peristiwa tersebut, gerakan anti-Muslim telah bertambah secara mendadak di Amerika Syarikat.
Dalam masa yang sama, minat rakyat Amerika Syarikat untuk mengenali Islam secara lebih dekat
turut bertambah dengan kadar yang tinggi. Pertamanya, makalah ini membincangkan pengertian
dan kemunculan Islamofobia di Barat dan diikuti dengan fokus utama kajian ini iaitu menghuraikan
biografi ringkas dan peranan Daniel Pipes dalam menjalankan gerakan anti-Muslim khususnya di
Amerika Syarikat. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dalam memahami sikap dan
aktiviti Daniel Pipes dalam penyalahgambaran imej Muslim. |
|---|